ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 29, 2016

CPUV CAMPAIGNS JAN-FEB 2016


Assalamualaikum...

Sejak menghadapi fenomena sibuk berganda penghujung tahun lalu sehingga kini, akhirnya... baru hari ini saya sempat meninjau-ninjau dan jengah-jengah laman Nuff yang sentiasa memantau blog NKN sehingga kini. Mohon maaf ya Mr/Mrs. Nuff kerana sudah lama kita tidak berkomunikasi menerusi tiket sakti itu seperti sebelumnya.

Hmmm, macam ada harapan juga saya sudah lupa bagaimana nak hantar tiket itu bila sudah lama tidak dilakukan. Walau apa pun, jutaan terima kasih kerana masih lagi sudi memandang blog kecil saya ini untuk layak menerima pemberian2 istimewa dari pihak pengiklan yang sudi menceria dan memeriahkan laman blog yang tak sehebatnya ini. Insya-Allah! akan saya cuba menghasilkan entry-entry yang sebaiknya agar blog ini aktif berbakti kepada yang memerlukan maklumat dan sebagainya.

Kepada para tamu yang sudi singgah dan meninggalkan jejak di ruangan komen, ribuan terima kasih jua saya ucapkan. Kehadiran anda amat saya hargai... salam ukhuwah buat semua... :)

CT Nurza
29/02/2016
20:55mlm


ANTOLOGI PUISI MAHABBAH BAHASA (BeTA).


Foto 1 : Antologi Sajak 52 Penyair "Mahabbah Bahasa" telah selamat dilancarkan di Muzium Teratak Za'ba, Batu Kikir Negeri Sembilan baru-baru ini. Kepada yang ingin mendapatkan buku-buku ini, anda boleh berhubung secara terus dengan pihak penerbit atau penulis-penulis yang tertera namanya pada cover buku ini. Harga senaskah RM20 tidak termask kos pengeposan.

                                                        ************ 
KEPUTUSAN PERADUAN MENULIS SAJAK JASA ZA'BA sempena Majlis Mahabbah Bahasa Pendeta Za'ba 2016
Pelajar Sekolah

Pertama 33 ZA’BA033 MEMOIR SEORANG CENDEKIA BAHASA 
Fakhira Izzati binti Kamarulsaman 
SMK Bandar Baru Serting

Kedua
35 ZA’BA035 PENDETA ZA’BA
Nurul Aisyatul Alissa Mohd Agus
Nama Pena : Ilham Alissa
Sekolah MRSM Muadzam Shah, Pahang


KETIGA
36 ZA’BA036 BAPA BAHASA 

Nama : Ahmad Akhwan Ayyat B.Mohd Agos
Nama Pena : Ilham Ayyat
Sekolah : SK (Felda) Bukit Puchong, Triang, Pahang.


KATEGORI PENULIS BARU

PERTAMA
34 ZA’BA034 MAAFKAN AKU, PENDETA
MOHAMED NASSER MOHAMED
Semenyiah, Selangor


KEDUA
21 ZA’BA021 TOKOH PERSURATAN MELAYU 

SITI NUR BINTI ZAINAL
Jerantut, Pahang.

KETIGA
18 ZA’BA018 Kau Tiada Pengganti
Nama penuh: Maisarah Binti Ghazali
Kuala Terengganu. Terengganu.


KATEGORI PENULIS SENIOR

PERTAMA
9 ZA’BA009 PENDETA ZA'BA
SYED MAHADZIR BIN SYED IBRAHIM
BANTING, SELANGOR


KEDUA
20 ZA’BA020 ZA’BA : PUTERA BAHASA, PUTERA BANGSA
ABD. HADI BIN HASHIM
Alor Setar, Kedah Darul Aman.


KETIGA
38 ZA’BA038 PEMIKIR AGUNG
Nama: PAUZI BIN MOHD ISA
Bidor, Perak Darul Ridzuan


Tahniah dan cuba lagi...
Keputusan muktamad


#Alhamdulillah, Syukur! penyertaan yang sekadar suka-suka dengan niat hanya untuk memeriahkan aktiviti yang dianjurkan akhirnya telah membuahkan kejayaan yang tidak diduga sama sekali berjaya menduduki "Tempat Kedua" al-maklum, semua yang menyertai pertandingan ini hebat-hebat dan penuh berpengalaman dalam dunia penulisan. Saya ini umpama melukut di tepian gantang. Walau bagaimana pun terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, panel penilai dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih sekalung budi.

-CT Nurza-
29/02/2016
19:16.


Sunday, February 21, 2016

ANTOLOGI PUISI MAHABBAH BAHASA


Foto 1 : Terima kasih kepada Pihak Muzium yang sudi mengirimkan kad jemputan ini ke peti masuk mesej saya. Insya-Allah! sedang difikirkan untuk hadir jika diberikan kesihatan yang baik.


 Foto 2 : Majlis Pelancaran Antologi Puisi 52 Penyair Mahabbah Bahasa bertempat di Teratak Za'ba, Jempol, Negeri Sembilan Pada 27 Februari ini.


Antologi ini memuatkan lebih 240 kuntum sajak daripada 52 penyair dan mereka yang sedang menempa nama dalam bidang ini. Dimuatkan dalam 250 halaman. Harga jualan RM20.

Dato’ Dr Ibrahim Ghaffar, Prof Dr Lim Kim Hui (Jerman), Dr Chong Ah Fok ­(Brunei), Dr Phaosan Jehwae (Thailand), Dr Noramin, Dr Raja Rajeswari Seetha ­Raman, Marzuki Ali, Mahaya Mohd Yassin, Asrizal Nur (Indonesia), Firdaus Nordeen (Brunei), Abang Patdeli Abang Muhi, Saring Sirad, Sahrunizam Abdul Talib, Roslan Madun, Syarifudin Ariffin (Indonesia), Haslina Usman, MZ Halim Hassan, Ghazali Lateh, Abdul Latiff Hisham, Razali Mohd Yussof, Norazimah Abu Bakar, Leo Aws, Tabir Alam, Norjannah MA, Rara Gendis Danerek (Indonesia), Syukri Isa (Aceh), Wok Keranji, Yatim Ahmad, Asmira Suhadis,Salman Faris (Indonesia), Zakariya Amataya (Thailand) dan Mohamed Nasser Mohamed.

‘Abd Hadi Hashim, Adziah Abd Aziz, Aizamin Abd Aziz, Azizah Mds, Cg Karmin, CT Nurza, Dewi Ali, Hafizzi Saiman, Indah Hairani Latif, Juriyati Mat Jalil, ­Kasmahwati Abdul Gani, Khairul Azhar (Dr), Mustaffa Siraj, Norgadis Labuan, Pauzi Mohd Isa, Rosmah Lamat, Shazly Abdullah, Teo Wei Sing, Wacana ­Minda dan Wan Yusof.



Foto 3 : Syukur, Alhamdulillah! ini merupakan Antologiku yang ke #6 bersama penulis lain yang diterbitkan. Buku ini merupakan buku keduaku yang telah diterbitkan untuk membuka lembaran tahun 2016. Insya-Allah! selagi niat lurus kerana-Nya, tiada apa yag dapat menghalang segala usaha meski berbagai ujian didatangkan. Hikmahnya pintu rezeki dilapangkan oleh-Nya dan dibukakan ruang seluas-luasnya tanpa pernah diduga. Aamiin ya rabbal a'lamiin.

Terima kasih kepada rakan-rakan dan pembaca setia blog NKN yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dan menjadikan karya-karya di blog ini sebagai bahan rujukan dan kegunaan untuk majlis-majlis rasmi yang diadakan di sekolah, universiti serta lain-lain. Sokongan anda semua amat-amat saya hargai.

CT Nurza.
21/02/2016.


Friday, February 19, 2016

BUKU PANTUN MELAYU SEMANDARASA 2016




Assalamualaikum...
Alhamdulillah, buku Antologi ke #5 saya yang sudah terbit dan diedarkan. Terdapat 20 rangkap  kuntuman pantun-pantun bertemakan bunga ciptaan saya berjaya dimuatkan di dalam buku ini. Syukur setinggi syukur! dengan izin restu-Nya maka saya telah diberikan kefahaman yang baik dalam proses pembelajaran menyiapkan pantun-pantun ini dengan jaya dan sempurna.

Terima kasih sekalung budi buat guru pembimbing saya yang sungguh berdedikasi, tabah, sabar dan tenang menghadapi karenah pemantun2 yang menyertai projek antologi ini. Tahniah! kepada semua rakan-rakan pemantun yang berjaya terpilih untuk bersama di dalam Antologi ini. Kenangan bersama tak mungkin dilupa kerana di sini kita menjalin persefahaman dan kebersamaan yang erat tanpa wujud perasaan negatif antara satu sama lain. Alhamdulillah! ketulusan dan keikhlasan kita bersama-sama akhirnya membuahkan kejayaan dengan terhasilnya buku ini. Syabas! Tuan Tabir Alam atas segala inisiatif yang telah dilakukan bagi mengesan bakat-bakat kami yang kecil ini untuk diasuh dan digilap dengan sebaiknya.

Sesungguhnya, untuk mencipta serangkap pantun yang berkandensa lunak seperti ini, tidaklah semudah yang difikir jika tidak berilmu dan mendalaminya. Berkat tunjuk ajar sifu, akhirnya kami semua berjaya melakukannya dengan usaha gigih dan minat yang ada. Terima kasih sekalung budi.

Kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan untuk mendapatkan buku ini, anda boleh menghubungi saya di kotak mesej ini atau di alamat emel saya ctnurza@gmail.com. Segala pertanyaan boleh diajukan di sini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada saya.


Friday, February 5, 2016

PROJEK BUKU SONIAN PELAJAR HAIKU (2016).












Ini merupakan "Projek Buku Sonian" bagi pelajar-pelajar Puisi Haiku. Terima kasih Tuan Tabir Alam, selaku pembimbing kami yang begitu berinisiatif dan berkomitmen tinggi untuk melihat kami pelajar-pelajarnya menjadi seorang yag serba boleh dalam dunia penulisan kreatif. Ini merupakan projek kedua saya di bawah bimbingan beliau selaku tenaga pengajar yang begitu ikhlas memberikan ilmunya tanpa bayaran sesen pun. Semoga Allah memberkati segala usaha-usaha beliau dan  membuka luaskan pintu rezekinya untuk terus berbakti seikhlas hati. Aamiin. Buku ini bakal terbit tidak berapa lama lagi.

Terima kasih.

- CT Nurza -
05 Feb 2016.
18:25ptg