ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, April 30, 2016

ANTOLOGI PUISI & CERPEN "UNTUKMU IBU"


Foto 1 : Cover depan belakang Antologi Puisi dan Cerpen "Untukmu Ibu" terbitan PenaPadu.

Foto 2 : Cover depan.

Alhamdulillah... syukur setinggi syukur!

Buku ini merupakan Antologi Bersama saya yang ke #8 telah diterbitkan pada tahun 2016. Dapatkan buku ini untuk dijadikan hadiah hari ibu kepada ibu-ibu yang anda kasihi sekalian.
Nikmati puisi-puisi yang meruntun rasa serta cerpen-cerpen syahdu dari para penulis yang berkolaborasi di dalam buku ini, termasuk diri saya. Harga untuk senaskah RM25 (Semenanjung) & RM28 (Sabah & Sarawak) tidak termasuk kos pengiriman. Kepada pengunjung blog NKN yang ingin membuat tempahan boleh whatsAap saya di talian 012-9517144. Yang benar-benar serius sahaja akan dibalas mesej dan diberikan diskaun selagi stock masih ada.
Terima kasih.


-CT Nurza-
30 April 2016
03:35pg.
 

Monday, April 25, 2016

KETABAHAN SEORANG WANITA


Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam ceria. Kepada rakan-rakan pengunjung yang sudi membaca karya-karya spontan dari saya, jemputlah dengan segala hormatnya ke laman Wattpad saya dan cari ID CTNurza 16. Sila added saya di sana, akan saya luluskan permintaan menjadi rakan di sana.

Terima kasih... :)

Sunday, April 24, 2016

BERDIAM LEBIH BAIK DARI SAKIT-MENYAKITI




Salam subuh buat semua. Semoga hari ini kehidupan kita menjadi lebih baik dan bererti lagi setelah melewati hari semalam yang penuh suram, luka dan melukakan. Semoga kita menjadi insan terpilih untuk ditingkatkan darjat di sisi-Nya dengan ujian-ujian yang begitu menyakitkan saban hari.

Salam hormat dan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog kecilku ini. Anda semua sentiasa dihargai. Salam sayang dari hati...

-CT Nurza-
24 April 2016
06:07pg.

Friday, April 22, 2016

PROJEK BUKU SONETA 2016


Foto 1 : Soneta Pertama


Foto 2  : Soneta Kedua


Foto 3 : Soneta Ketiga



Foto 4 : Soneta Keempat

Assalamualaikum...

Salam keimanan dan salam tahajud kepada semua pengunjung setia blog NKN. Terima kasih dari hati dikalungkan. Mohon maaf, kerana sejak kebelakangan ini saya agak jarang dapat kemas kini laman blog NKN atas kesibukan duniawi yang dicipta sendiri. Ampun Ya Allah!

Sebenarnya, grafik-grafik yang saya muatkan di sini adalah hasil karya terbaharu saya untuk 'Projek Buku Soneta' yang diselenggarakan oleh sifu penulisan haiku, haibun, pantun semandarasa dan sonian group semandarasa saya iaitu Tuan Tabir Alam.

Keikhlasan dan kesediaan beliau memberikan bimbingan secara percuma dengan pemantauan yang rapi dan teliti dalam selok-belok penulisan genre ini amat-amat dihargai kerana pada zaman Ringgit menjadi keutamaan ini, beliau masih lagi sudi mencurah khidmat bakti dengan luhur tanpa memikirkan sebarang imbuhan untuk memberikan ilmunya. Allah Hu Rabbi! masih ada insan berhati mulia. 


Ketulusan dan keikhlasan di atas segala usaha dan susah payahnya itu mendidik kami agar terus merunduk mengikut resmi padi, berdisiplin dan fokus terhadap apa yang dilakukan sungguh-sungguh kami hargai. Ilmu yang dititipkan dengan ikhlas benar-benar memberi manfaat kepada kami biar pun beliau mendapat kritikan pedas yang menghinanya di dada akhbar tidak lama dahulu,  lantaran memperkenalkan penulisan haiku yang merupakan sebuah puisi jepun dalam versi melayu.

Semua ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar dan beliau terus gigih mendidik kami menulis di dalam pelbagai genre. Terima kasih sifu. Sebenarnya ada yang kurang senang apabila kami pelajar-pelajarnya memanggil beliau sebagai 'sifu.' Ini adalah panggilan hormat kami di kelas online kerana beliau sudi mengajar kami berhaiku dengan betul walaupun gelaran itu tidak pernah beliau sendiri yang meminta untuk dipanggil sedemikian. Akan tetapi,  itu merupakan satu penghormatan daripada kami selaku pelajar-pelajar di bawah bimbingannya.

Sebagai pelajarnya, saya berasa bangga setelah mengetahui beliau rupanya bukanlah calang-calang orang kerana karya-karyanya telah banyak terhasil dalam pelbagai bahasa dan pelbagai penerbitan selama ini. Tahniah! sifu. Walaupun anda hebat tetapi anda tidak pernah mencanang diri sendiri di khalayak umum. Namun, kami pelajar-pelajar sifu dapat mengesannya dan berasa begitu kagum secara peribadi. 


Berkat asuhan sifu juga agar kami menulis dengan imej sendiri dan mengelakkan menulis sesuatu yang sudah 'cliche' atau 'Klise' maka, saya sudah terbiasa untuk mencipta suatu kelainan dalam menghasilkan karya-karya saya dengan gaya tersendiri. Insya-Allah! akan cuba sedaya mampu mengelakkan diri daripada menulis sesuatu idea yang sudah lapuk dilakukan oleh penulis lain sejak dahulu dengan gaya bahasa yang sama tiada pembaharuan. Akan saya kembangkan pemikiran ini untuk lebih berfikir di luar kotak selepas ini. Mudah-mudahan terlaksana segalanya dengan istiqamah.

Akhir kata, terima kasih sekalung budi, jua diucapkan kepada semua rakan-rakan seperguruan dan seperjuangan saya di group semandarasa. Kalian adalah sebahagian dari diriku. Syukur, Alhamdulillah! diharapkan semoga ukhuwah kita semua berkekalan selamanya.

Salam hormat dari saya!

- CT Nurza -
22 April 2016
04:52pg.


Friday, April 15, 2016

RINDU MAWAR UNGU


Aku memetik rindu
dari sekuntum mawar ungu
ketika piluku datang bertamu
kasihmu gugur ke hati
lantas senyummu mekar
melewati mimpiku

Terima kasih bonda
eratnya pelukan
hangatnya kucupan
membuat aku
takingin berlalu
dari sebuah mimpi!

~CT Nurza~
15 April 2016
02:31ptg 


Sunday, April 10, 2016

BENGKEL INKUBATOR PENULISAN PUISI DPMP & DBP 2016













Gambar-gambar seputar majlis ketika mengikuti "Bengkel Inkubator Penulisan Puisi" anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Tengah.

Penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada DPMP & DBP kerana sudi memberi ruang kepada saya menyertai bengkel ini dalam kalangan perserta yang dipilih khas. Terima kasih sekalung budi.

Bengkel ini teramat istimewa dan begitu bermanfaat sekali bagi saya dan juga kesemua perserta yang terlibat. Terlalu banyak pengetahuan-pengetahuan baru bertambah dengan titisan ilmu yang dicurahkan oleh Profesor Dato' Rahman Shaari selaku pembimbing. Selama tiga hari berada di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang saya benar-benar berusaha menyerap segala ilmu yang diperturunkan oleh Mahaguru Prof Dato' Rahman Shaari. Paling berbesar hati apabila salah sebuah karya saya juga turut dipilih untuk dibedah dan dikupas walau hanya secara ringkas. Terima kasih Prof.

Kepada semua rakan-rakan perserta yang dipilih khusus untuk menghadiri bengkel ini, sekalung Tahniah! dari saya kerana kalian semua hebat-hebat belaka. Semoga kita semua mampu menjadi penulis yang diharapkan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara dengan menghasilkan karya-karya bermutu untuk tatapan generasi akan datang. Paling penting semoga tulisan kita mampu membentuk diri sendiri dan menjadi sebahagian jariah kecil untuk kita di sana kelak. Aamiin.

- CT Nurza -
10/04/2016
21:08mlm.