ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, April 10, 2016

BENGKEL INKUBATOR PENULISAN PUISI DPMP & DBP 2016













Gambar-gambar seputar majlis ketika mengikuti "Bengkel Inkubator Penulisan Puisi" anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Tengah.

Penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada DPMP & DBP kerana sudi memberi ruang kepada saya menyertai bengkel ini dalam kalangan perserta yang dipilih khas. Terima kasih sekalung budi.

Bengkel ini teramat istimewa dan begitu bermanfaat sekali bagi saya dan juga kesemua perserta yang terlibat. Terlalu banyak pengetahuan-pengetahuan baru bertambah dengan titisan ilmu yang dicurahkan oleh Profesor Dato' Rahman Shaari selaku pembimbing. Selama tiga hari berada di Mega View Hotel, Kuantan, Pahang saya benar-benar berusaha menyerap segala ilmu yang diperturunkan oleh Mahaguru Prof Dato' Rahman Shaari. Paling berbesar hati apabila salah sebuah karya saya juga turut dipilih untuk dibedah dan dikupas walau hanya secara ringkas. Terima kasih Prof.

Kepada semua rakan-rakan perserta yang dipilih khusus untuk menghadiri bengkel ini, sekalung Tahniah! dari saya kerana kalian semua hebat-hebat belaka. Semoga kita semua mampu menjadi penulis yang diharapkan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara dengan menghasilkan karya-karya bermutu untuk tatapan generasi akan datang. Paling penting semoga tulisan kita mampu membentuk diri sendiri dan menjadi sebahagian jariah kecil untuk kita di sana kelak. Aamiin.

- CT Nurza -
10/04/2016
21:08mlm.



No comments: