ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, April 22, 2016

PROJEK BUKU SONETA 2016


Foto 1 : Soneta Pertama


Foto 2  : Soneta Kedua


Foto 3 : Soneta Ketiga



Foto 4 : Soneta Keempat

Assalamualaikum...

Salam keimanan dan salam tahajud kepada semua pengunjung setia blog NKN. Terima kasih dari hati dikalungkan. Mohon maaf, kerana sejak kebelakangan ini saya agak jarang dapat kemas kini laman blog NKN atas kesibukan duniawi yang dicipta sendiri. Ampun Ya Allah!

Sebenarnya, grafik-grafik yang saya muatkan di sini adalah hasil karya terbaharu saya untuk 'Projek Buku Soneta' yang diselenggarakan oleh sifu penulisan haiku, haibun, pantun semandarasa dan sonian group semandarasa saya iaitu Tuan Tabir Alam.

Keikhlasan dan kesediaan beliau memberikan bimbingan secara percuma dengan pemantauan yang rapi dan teliti dalam selok-belok penulisan genre ini amat-amat dihargai kerana pada zaman Ringgit menjadi keutamaan ini, beliau masih lagi sudi mencurah khidmat bakti dengan luhur tanpa memikirkan sebarang imbuhan untuk memberikan ilmunya. Allah Hu Rabbi! masih ada insan berhati mulia. 


Ketulusan dan keikhlasan di atas segala usaha dan susah payahnya itu mendidik kami agar terus merunduk mengikut resmi padi, berdisiplin dan fokus terhadap apa yang dilakukan sungguh-sungguh kami hargai. Ilmu yang dititipkan dengan ikhlas benar-benar memberi manfaat kepada kami biar pun beliau mendapat kritikan pedas yang menghinanya di dada akhbar tidak lama dahulu,  lantaran memperkenalkan penulisan haiku yang merupakan sebuah puisi jepun dalam versi melayu.

Semua ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar dan beliau terus gigih mendidik kami menulis di dalam pelbagai genre. Terima kasih sifu. Sebenarnya ada yang kurang senang apabila kami pelajar-pelajarnya memanggil beliau sebagai 'sifu.' Ini adalah panggilan hormat kami di kelas online kerana beliau sudi mengajar kami berhaiku dengan betul walaupun gelaran itu tidak pernah beliau sendiri yang meminta untuk dipanggil sedemikian. Akan tetapi,  itu merupakan satu penghormatan daripada kami selaku pelajar-pelajar di bawah bimbingannya.

Sebagai pelajarnya, saya berasa bangga setelah mengetahui beliau rupanya bukanlah calang-calang orang kerana karya-karyanya telah banyak terhasil dalam pelbagai bahasa dan pelbagai penerbitan selama ini. Tahniah! sifu. Walaupun anda hebat tetapi anda tidak pernah mencanang diri sendiri di khalayak umum. Namun, kami pelajar-pelajar sifu dapat mengesannya dan berasa begitu kagum secara peribadi. 


Berkat asuhan sifu juga agar kami menulis dengan imej sendiri dan mengelakkan menulis sesuatu yang sudah 'cliche' atau 'Klise' maka, saya sudah terbiasa untuk mencipta suatu kelainan dalam menghasilkan karya-karya saya dengan gaya tersendiri. Insya-Allah! akan cuba sedaya mampu mengelakkan diri daripada menulis sesuatu idea yang sudah lapuk dilakukan oleh penulis lain sejak dahulu dengan gaya bahasa yang sama tiada pembaharuan. Akan saya kembangkan pemikiran ini untuk lebih berfikir di luar kotak selepas ini. Mudah-mudahan terlaksana segalanya dengan istiqamah.

Akhir kata, terima kasih sekalung budi, jua diucapkan kepada semua rakan-rakan seperguruan dan seperjuangan saya di group semandarasa. Kalian adalah sebahagian dari diriku. Syukur, Alhamdulillah! diharapkan semoga ukhuwah kita semua berkekalan selamanya.

Salam hormat dari saya!

- CT Nurza -
22 April 2016
04:52pg.


2 comments:

TabirAlam said...

Tahniah!
antik presentaion tu...

®CT Nurza said...

Hehehe... terima kasih sifu.