ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, May 20, 2016

DIA YANG MEMUJA




Kelmarin...
aku belajar dari sesuatu
sesuatu tentang rakan-rakanku

dia memuja insan-insan hebat
dia mencari insan-insan berpangkat

dia meraih perhatian dengan segala cara

namun di saat pujanya dekat dan rapat
bersua bertentangan mata

insan disapa tidak pula mengendahkannya

salam dihulur tiada jua bersambut
aku yang melihat
hanya terdiam
terpaku

tergenang air mata simpati

Demikianlah sombong angkuhnya manusia
aku tahu sahabatku kecewa
kecewa lantaran insan yang hebat di mata
tidak seperti yang disangka
gencat hatinya dapatku rasa
mengalir menitis darah luka yang hampa
insan hebat yang didamba
tiadalah hebat tingkah lakunya
lantas kuajak sahabatku berlalu
ayuh! usah lagi menunggu
kerana kita bukan siapa-siapa
untuk layak menyapanya
lantaran mereka orang ternama!

Merakam kesedihan hatimu teman
-CTNZ-
20 Mei 2016
03:35pg.


2 comments:

CAHAYA RUMAHKU said...

terbaik.......

®CT Nurza said...

Cahaya Rumahku...
Assalamualaikum & terima kasih sudi singgah.
Salam Nisfu Sya'ban ya.