ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, May 25, 2016

GURINDAM KOLABORASI : JIKALAU CEKAL





Jikalau cekal merempuh gelora,
Diatasi cabaran segala cara.

Jikalau cekal melawan penyakit,
Derita ditanggung kurang sedikit.

Jikalau cekal menempuh badai,
Itu petanda orangnya pandai.

Jikalau cekal hadapi ujian,
Apa yang datang bagai belaian.

Jikalau cekal menambat jiwa,
Badai melanda tidak kecewa.

Jikalau cekal memijak duri,
Tentulah sanggup lama berdiri.

Jikalau cekal memijak duri,
Tentu sakti memagar diri.

Jikalau cekal menabur jasa,
Pasti dikenang ke akhir masa.

Jikalau cekal menguak noda,
Insan suka Allah reda.

Jikalau cekal menjunjung amanat,
Di dalam dunia tidak dilaknat.

Jikalau cekal menanam budi,
Pastilah merunduk peribadi.

Jikalau cekal junjung amanat,
Dunia akhirat akan selamat.

Jikalau cekal menjunjung adat,
Tiadalah beban dipikul sarat.

Semoga terus istiqamah cekal,
Mendamba kejayaan yang kekal.

Jikalau cekal meluah rasa kami boleh tompang baca, merehatkan minda tersenyum ria.

Jikalau cekal jadikan pakaian,
Biar derita terukir senyuman.

Jikalau cekal teguh di jiwa,
Tiada dangkal merunduk kecewa.

*Kolaborasi bersama rakan penulis, Cikgu Mustafa Siraj, Kak Nor Azizah idris, Kak Yahti hayati,
Kak Siti Zaiton, Ayahanda M.z. Halim, & Kak Siti Norngaliah Salihin.

Terima kasih sekalung budi kepada semua rakan-rakan yang sudi berkolaborasi bersama menyumbang idea.

No comments: