ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, June 29, 2016

ANTOLOGI BERSAMA: SAJAK-SAJAK BICARA LANGIT KEPADA AWAN





Syukur, Alhamdulillah!

Akhirnya, pelancaran kali pertama buku Antologi Sajak Bersama yang ke #11 ini sudah selamat dilancarkan di Labuan, Sabah pada 26 Jun yang lalu.


Meskipun saya tidak turut serta ke sana, namun hati tetap gembira apabila mengetahui majlis pelancaran buku ini mendapat sambutan yang cukup hangat di sana. Sejuta syukur pada Ilahi. Tahniah! untuk kesemua penulis-penulis yang telah terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga Allah sentiasa memberi kita ilham yang baik-baik untuk terus berkarya dengan setulusnya.

Buku ini juga, akan dilancarkan di Semenanjung tidak lama lagi. Insya-Allah! Julai ini majlis pelancarannya akan diadakan di salah sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor. Doa saya semoga segala urusan dan perancangan berjalan lancar. Aamiin.

Insya-Allah! akan saya kongsikan nanti salah sebuah karya saya yang dimuatkan di dalam antologi ini. Semoga memberi manfaat kepada semua yang sudi membaca.

Terima kasih.


Saturday, June 4, 2016

ANTOLOGI SAJAK AIDILFITRI 2016

Bismillahirrahmanirrahiim...
Alhamdulillah, Syukur! Sebuah lagi Antologi Puisi Bersama yang terbaru telah diterbitkan pada Mei 2016 yang lalu. Ini merupakan Antologi saya yang ke #10 sudah diterbitkan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses penilaian dan penerbitan.

Terima kasih kepada Tuan Tabir Alam yang begitu gigih berusaha membimbing kami dalam pelbagai genre penulisan agar mampu menjadi pengkarya yang serba boleh dan berkreativiti tinggi. Beliau tidak hanya bercakap seperti tin kosong, malah dengan seikhlas hati diam2  cuba menunjuk ajar kami dengan memberikan bimbingan penuh sabar tanpa menuntut sebarang bayaran atas segala usaha dan penat lelahnya.

Dek kerana kesungguhan dan bimbingannya, secara jujur saya akui saya sudah mampu menguasai pelbagai genre penulisan kecuali 'Novel' kerana saya masih baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan novel.Insya-Allah! Berkat doa dan sokongan daripada rakan2 yang sentiasa ingin melihat saya terus maju dan berjaya, saya akan cuba mengusahakan yang terbaik! Biar lambat asalkan hasilnya memuaskan.

Akhir kata, terima kasih untuk pembaca2 setia blog NKN, pihak penaja dan juga pihak pengiklan yang sentiasa sudi memantau dan memberi sokongan kepada saya. Terima kasih sekalung budi!

©CT Nurza
04 Jun 2016