ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, September 26, 2016

CORAT-CORET NURZA


Assalamualaikum...

Menikmati udara malam di tepian pantai, memang sesuatu yang amat mengasyikkan. Setelah penat jerih memerah otak sekian lama, menjayakan projek demi projek secara usaha sama, akhirnya... saya terpaksa memberi tumpuan kepada kesihatan diri pula di saat ini. Memegang amanah yang berat untuk menguruskan manuskrip-manuskrip tertentu, membuatkan saya bekerja siang dan malam tanpa henti demi menjayakan visi dan misi yang telah dirancang. Alhamdulillah! Walau beribu kesukaran, cabaran dan dugaan yang membebankan fikiran, sekaligus menjejaskan sedikit kesihatan diri, namun demi amanah dan kepercayaan yang diberi, tetap saya cuba sempurnakan jua dengan sebaiknya sekadar kemampuan dan pengetahuan yang ada. Syukur, Allah permudahkan segalanya. Kini, saya terpaksa mengurangkan aktiviti penulisan saya buat sementara waktu. Insya-Allah! Selepas tiga bulan nanti, jika kesihatan saya sudah kembali stabil, saya akan sambung kembali minat saya.

Akhir kata, salam dan doa buat semua. Jumpa lagi jika esok masih bernafas. Selamat beristirahat buat semua... Selamat malam!



Thursday, September 15, 2016

HADIAH SAYEMBARA GEMA PATRIOT PEMENANG KEDUA



Assalamualaikum wbkth...

Salam ceria dan salam harmoni. Alhamdulillah! Dengan izin-Nya, semalam... dapatlah saya tebus buku-buku di dalam gambar di atas dengan menggunakan baucer buku yang dimenangi dari Dewan Bahasa Dan Pustaka menerusi Sayembara yang diadakan baru-baru ini. Baucer buku bernilai RM100 itu telah saya tambah untuk membeli buku-buku yang lain juga.

Untuk itu, sebagai menghargai jasa dan sumbangan besar DBP kepada industri perbukuan negara, mendidik dan menyebar ilmu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. DBP tetap pilihan utama kerana buku-buku yang berkualiti.

- CT Nurza -
15 Sept 2016
09:56pg.

Wednesday, September 14, 2016

ANTOLOGI CERPEN C2N RAJAQNA & ANTOLOGI SAJAK MERDEKA 2016





Moh kita semua pergi ke majlis pelancaran 2 buah buku ini nanti moh! Jumpa saya dan ramai lagi rakan-rakan penulis di sana dan di sanaaaa... haaa... itu pun kalau saya dapat hadirlah ya. Kalau tidak,  jumpa saya kat laman blog ni aje la... hahaaa... jangan marah!

Saya menimba pengalaman yang sangat berharga dalam menukangi karya untuk buku ini. Opsss! Saya tak boleh komen lebih-lebih. Kita tunggu saja buku ini dilancarkan ya...

- CT Nurza -
Port Klang, Selangor.
14 September 2016.

Monday, September 12, 2016

ANTOLOGI BERSAMA DARI JAN SEHINGGA OGOS 2016









Alhamdulillah! Tetap bersyukur dengan kelancaran ilham yang diberikan oleh-Nya untuk terus menghasilkan karya-karya bertema yang sangat mencabar minda dan dikupas sebanyak 5-10 buah puisi setiap satu. Sedang menunggu 2 buah lagi buku Antologi  terbaharu yang akan dilancarkan pada 30 September ini. Insya-Allah! Maka genaplah nanti 10 buah buku Antologi Bersama yang telah diterbitkan sejak Januari lalu. Syukur! dengan DIAM yang telah kumaknakan untuk berkarya.

- CT Nurza -
Port Klang, Selangor
10 Zulhijjah 1437H


Saturday, September 10, 2016

DUGAAN MEMBUKA RUANG KEJAYAAN



Assalamualaikum...

Salam ceria dan selamat pagi semua. Tiada kata seindah bahasa bagi seorang penulis kecil dan tidak ternama seperti saya, apabila manuskrip pertama yang ditulis bersama dua orang rakan diterima dan diluluskan penerbitannya oleh DBP ( Dewan Bahasa & Pustaka). Sebenarnya, bukanlah mudah untuk melepasi ketiga-tiga penilaian ketat panel penilai. Saringan demi saringan dilakukan, rombakan terhadap manuskrip rakan-rakan yang tidak diterima juga terpaksa diubah dan dibuat mengikut segala arahan yang diberi, namun berkat persefahaman dan kerjasama, kami usahakan yang terbaik dan saling membantu untuk menyempurnakan manuskrip yang dihantar agar berjaya melepasi kesemua penilaian panel penilai. Syukur, Alhamdulillah! Hasil kerja berjemaah, akhirnya kejayaan bersama kami.

Insya-Allah! Jika segala urusan berjalan lancar, pertengahan tahun hadapan, akan terbitlah sebuah buku Antologi Syair Kanak-Kanak yang kami hasilkan, gabungan tiga orang penulis. Sebenarnya, pada peringkat awal saya tidak terlibat secara langsung dengan projek ini kerana, saya hanya diminta oleh dua rakan untuk menunjuk ajar mereka sahaja tatacara menulis syair dan meneliti karya-karya mereka. Namun demikian, entah bagaimana tiba-tiba mereka berdua mempelawa saya untuk turut serta bagi memudahkan proses penulisan syair yang dikehendaki untuk sebuah buku. Maka beragihlah kami bertiga mengerah otak untuk menulis syair sebanyak 15 buah seorang. Segala apa yang terlihat di sekeliling habis menjadi idea syair masing-masing.

 Alhamdulillah! Setelah lulus kesemua syair kami dinilai, untuk mencukupkan lagi bilangan syair yang diperlukan, pihak DBP telah meminta kami untuk menambah lagi beberapa buah syair di bawah tajuk-tajuk yang ditentukan. Maka, berusahalah kami memerah otak lagi sekali menyiapkannya. Syukur teramat syukur, dari proses ini banyak ilmu dan pengalaman berharga telah saya timba. Ini secara tidak langsung, menyuntik kembali semangat saya untuk berkarya dalam genre buku kanak-kanak yang saya jadikan satu cabaran untuk diri selama ini. Menghasilkan karya untuk kanak-kanak bukan perkara mudah bagi saya kerana saya tiada pengalaman menjadi seorang ibu dan mengetahui apa yang kanak-kanak suka. Tetapi disebabkan saya rapat dengan anak-anak saudara dan anak jiran, jadi saya cuba menjiwai watak mereka, kecenderungan mereka dan sebagainya. Saya jadikan tumbuh-tumbuhan dan sebagainya simbolik karya syair saya.

Semoga dengan perkongsian yang tidak seberapa ini, sedikit sebanyak saya dapat mencetuskan idea kepada semua pengunjung setia blog saya ini untuk mencuba jika ada minat menulis.Tulislah dalam apa genre sekalipun, asalkan penulisan kita dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi saluran pahala untuk kita di sana nanti. Tulisan yang baik, akan memberi kebaikan, demikian pula sebaliknya. Jadi, pastikan niat kita menulis tidak tersasar kerana niat menentukan di mana tahap kita akan berada. Lantaran itu saya amat menitik beratkan niat saya untuk menjadi seorang penulis biarpun tidak dikenali di mata dunia. Justeru itu, saya selesa menggunakan nama pena supaya saya tidak menyerlahkan siapa diri saya sebenar sebelum ini walaupun ada yang menganggap saya penulis baharu. Itu semua tidak menjadi masalah bagi saya kerana bukti awal saya menulis masih tersimpan segalanya. Tak perlu gah menonjolkan diri macam artis tip top tetapi cukuplah saya ingin karya saya dapat meninggalkan kesan di hati yang membaca. Aamiin.

Akhir kata, salam kejayaan buat semua rakan-rakan dan pengunjung setia blog NKN. Sucikan hati, bersihkan jiwa. Jangan iri jangan dengki, Insya-Allah! Kejayaan sentiasa merapati diri. Itu sahaja nak tulis.... byeeee!


- CT Nurza
10 Ogos 2016
10:20 pg.

Monday, September 5, 2016

PANTUN BERKAIT UMUM



Selamat pagi dan salam subuh semua. Hati yang ikhlas sentiasa hidup dalam ketenangan dan keriangan walau hanya bersendirian. Jaga iman jaga akhlak, jaga tingkah laku, Insya-Allah! Semuanya bahagia dan aman.

Hormat selalu buat semua pembaca dan followers blog NKN.  Terima kasih setulus hati dari saya. Selamat berbahagia dan maju jaya semua... :)

- CT Nurza -
05 Ogos 2016
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Sunday, September 4, 2016

KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI HAIKU 2016












Antara puisi-puisi haiku yang telah berjaya memenangi hadiah dan mendapat penarafan empat dan lima bintang dalam Sayembara yang telah diadakan musim lalu. Sedang menanti dengan penuh sabar penerbitan buku Antologi bersama haiku sayembara ini.

Alhamdulillah! Berkat gigih belajar dan terus berusaha, akhirnya puisi genre haiku ini berjaya juga dikuasai dan difahami tatacara penulisannya. Memang teramat mencabar keupayaan minda untuk berfikir. Puisi ini mengajar saya tentang pentingnya disiplin penulisan.

Tahniah! Kepada semua rakan-rakan yang berjaya terpilih dalam antologi khas ini dan cemerlang dalam menulis puisi-puisi haiku. Terus sama-sama berusaha mencerlangkan jua genre puisi warisan ibunda kita.

"Puisi adalah kehidupan, kehidupan adalah pemerhatian kita terhadap alam sekeliling untuk terus belajar dan belajar melalui pengalaman hayat."

- CT nurza -
04 Ogos 2016
03:29 ptg