ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, October 28, 2016

ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN 2016


FOTO 1 : ANTOLOGI PUISI (GENRE) SONETA ~ ANTOLOGI BERSAMA KE #15


FOTO 2 : ANTOLOGI BERSAMA C2N (RAJAQNA) ~ ANTOLOGI BERSAMA KE #14


FOTO 3 : ANTOLOGI BERSAMA SAJAK-SAJAK MERDEKA ~ ANTOLOGI BERSAMA KE #13

Thursday, October 27, 2016

PANTUN BERTEMAKAN SIRIH (Projek Berbalas Pantun 2016)


Alhamdulillah! Syukur untuk setiap nikmat kejayaan yang diberi oleh-Nya. Tidak mudah untuk berjaya tanpa usaha dan inisiatif untuk memperbaiki diri setiap masa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tulis yang baik-baik, fikir yang baik-baik... Allah sentiasa buka ruang untuk berjaya. 

Paling utama bersihkan hati dari hasad dengki dan fikiran negatif terhadap orang lain apabila kita gagal. Cari kelemahan diri sendiri dan jangan sentiasa rasa diri terbaik dan hebat sebelum kita benar-benar diuji. Saya sentiasa belajar daripada setiap kegagalan yang ditempuh sebelumnya. 

Alhamdulillah, berkat gigih dan sabar untuk berjaya, tiada alasan yang boleh menghalang walau dugaan datang bertubi-tubi. Dugaan-dugaan itulah yang menguatkan jiwa saya untuk membuktikan keupayaan diri, bahawa tidak ada yang mustahil jika kita percaya dan yakin diri biarpun orang lain memperlekeh dan memburukkan kita kerana iri. Perjuangan murni tetap akan berhasil dengan jaya dan cemerlang apabila kita berdoa untuk kebaikan setiap hari di samping meningkatkan usaha berterusan untuk menggali ilmu. Insya-Allah!

Salam kejayaan buat semua. Melangkahlah terus ke hadapan tanpa menindas dan menjatuhkan orang lain. Sesiapa berusaha dengan jujur dan ikhlas, usahanya tidak akan sia-sia. Jaga hati, jaga iman, jaga akidah! Bila diuji nikmat kejayaan jangan lupa sujud syukur biarpun cuma kejayaan kecil. Latih diri kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan pinjaman Maha Pemberi. Bakat kita hanya pinjaman. Usah sesekali angkuh dan bongkak. Hidup biar banyak merendah diri walaupun merendah diri itu ada yang silap tafsir dan memperlekehkan diri kita lagi. Biarkanlah. Yang penting kita sentiasa sedar diri, ingat diri dan Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

Merunduk bagai padi, biar kita terus membumi. Ciptalah kejayaan dalam diam walau tiada siapa yang tahu. Ia sangat bermakna buat diri. Cukuplah yang tahu akan mengetahuinya. 

Jumpa lagi. Terima kasih...

CT Nurza
27 Okt 2016
17:51

*Kredit Untuk Foto Slaid : Grup Berbalas Pantun SPBTA

Wednesday, October 19, 2016

PUISI SONIAN : SEPASANG KEKASIH


Assalamualaikum...

Selamat malam, salam bahagia, salam ceria semua. Apa khabar? Moga damai sejahtera sepanjang waktu.

Alhamdulillah, line internet dah okey dan demam pun sudah pulih, jadi sempatlah sebelum tidur malam ni kemaskini blog dulu ceria-ceriakan kembali laman ini. Entry kali ini cuma nak letak puisi sonian sahaja sebagai tatapan semua. Sebenarnya puisi ini saya cipta untuk Sayembara Puisi Terbuka (Sonian), tetapi disebabkan kecuaian saya sendiri, puisi ini terlupa dimasukkan tajuknya mengikut tema "Kekasih" yang telah diberi, maka malanglah nasib sonian ini akhirnya...

Demi menghargai ciptaan puisi ini, saya grafikkanlah menjadi slaid sahaja untuk disimpan di blog ini. Kredit untuk foto bunga mawar yang saya ambil dari page-page bunga di fb. Terima kasih untuk mawar yang cantik ini.
Jumpa lagi.

Salam hormat dan salam santun selalu...

CT Nurza
19 Oktober 2016
23:23mlm

Tuesday, October 11, 2016

JUARA SAYEMBARA PUISI TERBUKA (SYAIR) KE #15






Alhamdulillah! Syukur...

Walaupun cuma suka-suka menyertai dan memeriahkan sayembara ini, tapi jauh di sudut hati, kesyukuran kupanjatksn kepada Ilahi kerana masih mengekalkan kedudukanku dan memberi rezeki sekali lagi kepada diri untuk memenangi sayembara ini tanpa diduga-duga. Barangkali, semuanya sudah dituliskan oleh-Nya buat diri yang kerdil  ini.

Sayembara ini amat mencabar minda dan keupayaan diri berfikir serta mengupas tentang tema yang diberikan. Memandangkan saya ini amat cetek pengetahuan am kini, maka saya tulis dan garap sahaja apa yang menyerbu dalam fikiran waktu itu. Tambahan pula keadaan kesihatan amat menduga, jadi ala-ala hentam tibai ajelah syair patriotik ini saya tulis. Rupanya... tanpa berangan-angan untuk menang dan merebut gelaran juara, tak diduga ia masih menjadi rezeki... aduhai, terasa malunya kepada Allah! Jika hanya dengan sedikit ujian nikmat dan kejayaan demi kejayaan ini walau hanya kejayaan kecil, tiba-tiba menjadikan diriku insan yang lupa kepada pinjaman Sang Penciptanya, nauzubillah himinzalik... sesungguhnya, jauhkan diriku daripada menjadi manusia yang sedemikian Ya Rabb!

Salam subuh buat semua... terima kasih.

Hitam lokan kerang mataram,
Ketam lemuduk belida lata;
Hentam bukan sebarang hentam,
Hentam merujuk kepada fakta.


-CT Nurza -
12 Oktober 2016
06:43pg.


Sunday, October 2, 2016

SAYEMBARA PUISI (PANTUN TEKA-TEKI) TERBUKA #11



JUARA SAYEMBARA PUISI (SYAIR) TERBUKA #12



Alhamdulillah! Syukur setinggi syukur atas kejayaan kecil ini berkat doa dan sokongan sahabat-sahabat baikku di kelas haiku. Menyertai hanya sekadar suka-suka dan niat cuma untuk memeriahkan penyertaan, akhirnya percubaan kali ini masih memberi peluang untuk meraih kejayaan cemerlang  dalam sayembara terbuka menulis puisi (Syair) 2016. 

Terima kasih sekalung budi juga kepada Tuan Tabir Alam yang sudi menerbitkan syair ini ke dalam Antologi Puisi ADIKARYA yang akan diselenggarakannya. Sesungguhnya,  saya tidak menyangka sama-sekali syair bertemakan buah durian ini mendapat tempat setelah dinilai sebegitu teliti mengikut syarat dan disiplin sayembara. Apatah lagi rakan-rakan yang menyertai sayembara ini kesemuanya hebat-hebat dan begitu berpengalaman menulis syair.

Sungguh terasa amat kerdil saya menyelit antara mereka di dalam sayembara ini. Walau apa pun, saya berharap karya kecil saya ini akan sentiasa mendapat tempat di hati yang membaca. Semoga ada manfaatnya, Insya-Allah. Terima kasih.

Salam Maal Hijrah 1438H buat pengunjung setia blog NKN yang sentiasa meniupkan semangat saya terus berkarya dengan tenang dan sabar. Insya-Allah!

- CT Nurza -
02 Okt 2016