ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, October 2, 2016

JUARA SAYEMBARA PUISI (SYAIR) TERBUKA #12



Alhamdulillah! Syukur setinggi syukur atas kejayaan kecil ini berkat doa dan sokongan sahabat-sahabat baikku di kelas haiku. Menyertai hanya sekadar suka-suka dan niat cuma untuk memeriahkan penyertaan, akhirnya percubaan kali ini masih memberi peluang untuk meraih kejayaan cemerlang  dalam sayembara terbuka menulis puisi (Syair) 2016. 

Terima kasih sekalung budi juga kepada Tuan Tabir Alam yang sudi menerbitkan syair ini ke dalam Antologi Puisi ADIKARYA yang akan diselenggarakannya. Sesungguhnya,  saya tidak menyangka sama-sekali syair bertemakan buah durian ini mendapat tempat setelah dinilai sebegitu teliti mengikut syarat dan disiplin sayembara. Apatah lagi rakan-rakan yang menyertai sayembara ini kesemuanya hebat-hebat dan begitu berpengalaman menulis syair.

Sungguh terasa amat kerdil saya menyelit antara mereka di dalam sayembara ini. Walau apa pun, saya berharap karya kecil saya ini akan sentiasa mendapat tempat di hati yang membaca. Semoga ada manfaatnya, Insya-Allah. Terima kasih.

Salam Maal Hijrah 1438H buat pengunjung setia blog NKN yang sentiasa meniupkan semangat saya terus berkarya dengan tenang dan sabar. Insya-Allah!

- CT Nurza -
02 Okt 2016


No comments: