ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, October 27, 2016

PANTUN BERTEMAKAN SIRIH (Projek Berbalas Pantun 2016)


Alhamdulillah! Syukur untuk setiap nikmat kejayaan yang diberi oleh-Nya. Tidak mudah untuk berjaya tanpa usaha dan inisiatif untuk memperbaiki diri setiap masa. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tulis yang baik-baik, fikir yang baik-baik... Allah sentiasa buka ruang untuk berjaya. 

Paling utama bersihkan hati dari hasad dengki dan fikiran negatif terhadap orang lain apabila kita gagal. Cari kelemahan diri sendiri dan jangan sentiasa rasa diri terbaik dan hebat sebelum kita benar-benar diuji. Saya sentiasa belajar daripada setiap kegagalan yang ditempuh sebelumnya. 

Alhamdulillah, berkat gigih dan sabar untuk berjaya, tiada alasan yang boleh menghalang walau dugaan datang bertubi-tubi. Dugaan-dugaan itulah yang menguatkan jiwa saya untuk membuktikan keupayaan diri, bahawa tidak ada yang mustahil jika kita percaya dan yakin diri biarpun orang lain memperlekeh dan memburukkan kita kerana iri. Perjuangan murni tetap akan berhasil dengan jaya dan cemerlang apabila kita berdoa untuk kebaikan setiap hari di samping meningkatkan usaha berterusan untuk menggali ilmu. Insya-Allah!

Salam kejayaan buat semua. Melangkahlah terus ke hadapan tanpa menindas dan menjatuhkan orang lain. Sesiapa berusaha dengan jujur dan ikhlas, usahanya tidak akan sia-sia. Jaga hati, jaga iman, jaga akidah! Bila diuji nikmat kejayaan jangan lupa sujud syukur biarpun cuma kejayaan kecil. Latih diri kita untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan pinjaman Maha Pemberi. Bakat kita hanya pinjaman. Usah sesekali angkuh dan bongkak. Hidup biar banyak merendah diri walaupun merendah diri itu ada yang silap tafsir dan memperlekehkan diri kita lagi. Biarkanlah. Yang penting kita sentiasa sedar diri, ingat diri dan Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

Merunduk bagai padi, biar kita terus membumi. Ciptalah kejayaan dalam diam walau tiada siapa yang tahu. Ia sangat bermakna buat diri. Cukuplah yang tahu akan mengetahuinya. 

Jumpa lagi. Terima kasih...

CT Nurza
27 Okt 2016
17:51

*Kredit Untuk Foto Slaid : Grup Berbalas Pantun SPBTA

No comments: