ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, November 28, 2016

PUISI HAIKU MELAYU BEBAS



PANTUN PATRIOTIK : RUKUN NEGARA


Assalamualaikum...

Salam ceria salam bahagia semua. Petang-petang ni apa yang difikir masing-masing ya? Hujung-hujung tahun ni tentu banyak hal perlu kita bereskan. Tambahan pula kalau awal-awal tahun dulu kita banyak pasang azam macam-macam, sekarang cuba buat semakan, berapa azam yang berjaya disempurnakan? Adakah segala azam tersebut dilaksanakan sepenuhnya atau cuma hangat-hangat tahi ayam...

Sebenarnya, untuk tahun 2016 ini, secara peribadi saya berjaya pecah rekod untuk diri sendiri dengan beberapa kejayaan kecil yang ditempa dalam dunia penulisan saya selain berjaya menghasilkan lebih daripada 35 buah Antologi Bersama dalam pelbagai genre. Ini kejayaan yang tidak pernah saya terfikir sebelumnya. Tahun ini, saya agak prolifik sikit menghasilkan karya untuk Antologi-antologi bersama termasuk untuk terbitan DBP & Karyawan Perak juga. Berdebar rasa hati untuk menunggu Antologi Bersama Syair Kanak-kanak saya diterbitkan oleh DBP pada pertengahan tahun 2017.

Insya-Allah! 13 buah Antologi Bersama saya, sajak-sajak yang bertemakan sejarah 13 buah bandar dalam daerah-daerah di negeri Perak juga turut dilancarkan pada Disember ini, di Pulau Pangkor ketika event rasmi Kerajaan Negeri sempena dengan PULARA, Pangkor, 2016 bertempat di Pulau Pangkor, Perak pada 08-11 Disember 2016 ini. Keterujaan untuk ke sana tidak dapat digambarkan walaupun hati berdebar-debar untuk pergi sendiri mendaftarkan diri di Lumut, Perak. Event ini merupakan event terbesar PULARA, Pangkor 2016 kerana ia merupakan event antarabangsa. Alhamdulillah! Syukur, kerana diri terpilih menghadirinya.

Semoga akan bertambah lagi ilmu-ilmu baharu untuk dikongsikan kelak selepas mengikuti seminar-seminar penulisan yang diadakan di sana. Kepada kawan-kawan semua yang melayari laman blog ini, tolong doakan saya selamat sampai ke sana ya... doa-doa tulus dari kalian semua amat-amat dihargai dan dikenangi.

Sampai sini dulu pertemuan kita. Terima kasih sekalung budi... Salam mesra dan salam kejayaan buat semua...

-CT Nurza
28 Nov 2016

16:34ptg.

Saturday, November 26, 2016

GRAFIK KREATIF SUKA-SUKA



*Kredit Foto Yang Digrafikkan :Sumber G+ & Sahabat2

Wednesday, November 23, 2016

SAJAK : PEPOHONAN BUDI



Karya eceran : Sajak ini telah diterbitkan dalam BULETIN DPMP, Oktober 2016. Mohon maaf kerana ada kesilapan sedikit selepas dicetak. Bait-bait akhir kehilangan empat baris dari karya asal yang di e-melkan... namun demikian terima kasih sekalung budi kepada warga Buletin DPMP yang sudi menerbitkan karya kecil saya ini. Alhamdulillah! Syukur.

Kredit foto Buletin DPMP : Sumber Kak Saniah Masri

CT Nurza
23 Nov 2016
14:49pm


ANTOLOGI BERSAMA PEMENANG2 SAYEMBARA PUISI HAIKU 2016


Antologi Bersama terbaharu yang ke #16 : Antologi Bersama Puisi Sayembara (Genre) Haiku 2016 terbitan SPBTA.

Buku ini memuatkan beberapa buah puisi haiku pemenang sayembara yang cemerlang dan terbaik. Tahniah! buat semua rakan-rakan seperjuanganku yang berjaya. Kalian semua tetap yang terbaik.

CT Nurza
23 Nov 2016
14:34pm.

Thursday, November 17, 2016

HADIAH PEMENANG SAYEMBARA PUISI TERBUKA #12 & #15 (GENRE) SYAIR 2016





Terima kasih untuk hadiah-hadiah yang disumbangkan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Semoga dilimpahkan rezeki kepada penaja-penaja sayembara yang telah diadakan  tempoh hari.

-CT Nurza
17 Nov 2016
15:28ptg

Wednesday, November 16, 2016

PROJEK BERBALAS PANTUN #8 2016 (Supermoon)





Terima kasih dan Tahniah! buat semua rakan-rakan yang berjaya. Alhamdulillah! masih bersyukur dengan setiap kejayaan kecil yang diberi. Salam kejayaan buat  semua. Berani mencuba satu kepuasan. Insya-Allah!

-CT Nurza
16November 2016