ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, November 28, 2016

PANTUN PATRIOTIK : RUKUN NEGARA


Assalamualaikum...

Salam ceria salam bahagia semua. Petang-petang ni apa yang difikir masing-masing ya? Hujung-hujung tahun ni tentu banyak hal perlu kita bereskan. Tambahan pula kalau awal-awal tahun dulu kita banyak pasang azam macam-macam, sekarang cuba buat semakan, berapa azam yang berjaya disempurnakan? Adakah segala azam tersebut dilaksanakan sepenuhnya atau cuma hangat-hangat tahi ayam...

Sebenarnya, untuk tahun 2016 ini, secara peribadi saya berjaya pecah rekod untuk diri sendiri dengan beberapa kejayaan kecil yang ditempa dalam dunia penulisan saya selain berjaya menghasilkan lebih daripada 35 buah Antologi Bersama dalam pelbagai genre. Ini kejayaan yang tidak pernah saya terfikir sebelumnya. Tahun ini, saya agak prolifik sikit menghasilkan karya untuk Antologi-antologi bersama termasuk untuk terbitan DBP & Karyawan Perak juga. Berdebar rasa hati untuk menunggu Antologi Bersama Syair Kanak-kanak saya diterbitkan oleh DBP pada pertengahan tahun 2017.

Insya-Allah! 13 buah Antologi Bersama saya, sajak-sajak yang bertemakan sejarah 13 buah bandar dalam daerah-daerah di negeri Perak juga turut dilancarkan pada Disember ini, di Pulau Pangkor ketika event rasmi Kerajaan Negeri sempena dengan PULARA, Pangkor, 2016 bertempat di Pulau Pangkor, Perak pada 08-11 Disember 2016 ini. Keterujaan untuk ke sana tidak dapat digambarkan walaupun hati berdebar-debar untuk pergi sendiri mendaftarkan diri di Lumut, Perak. Event ini merupakan event terbesar PULARA, Pangkor 2016 kerana ia merupakan event antarabangsa. Alhamdulillah! Syukur, kerana diri terpilih menghadirinya.

Semoga akan bertambah lagi ilmu-ilmu baharu untuk dikongsikan kelak selepas mengikuti seminar-seminar penulisan yang diadakan di sana. Kepada kawan-kawan semua yang melayari laman blog ini, tolong doakan saya selamat sampai ke sana ya... doa-doa tulus dari kalian semua amat-amat dihargai dan dikenangi.

Sampai sini dulu pertemuan kita. Terima kasih sekalung budi... Salam mesra dan salam kejayaan buat semua...

-CT Nurza
28 Nov 2016

16:34ptg.

No comments: