ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Thursday, October 19, 2017

BUKU BAHARU 2017 : ANTOLOGI SERIBU SONIAN & AGRARIA


Foto 1 : Antologi Bersama Berbalas Pantun. Antologi Yang Ke #35


Foto 2 : Antologi Bersama Poligenre (ADIKARYA) Antologi Ke #36


Foto 3 : Antologi Bersama Malaysia-Indonesia (Bunga Bangsa) Antologi Ke #37


Foto 4  : Antologi Bersama Seribu Sonian (Antologi Ke #38)


Foto 5 : Antologi Bersama Sajak-Sajak Kehidupan (AGRARIA) -  Antologi Ke #39

Alhamdulillah! Berkat gigih dan fokus, akhirnya terbit juga beberapa buah buku baharu saya untuk tahun ini biarpun cuma Antologi Bersama.

Sememangnya ia amat mencabar kerana terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapi untuk menyiapkan kesemua karya yang diperlukan mengikut tema-tema genre yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, dengan lahirnya buku ini ke tatapan pembaca, ia sedikit sebanyak mampu merawat hati saya yang hampir-hampir menarik diri daripada menyertainya. Syukur masih ada kekuatan. Alhamdulillah!

Kepada rakan-rakan semua yang terlibat dengan buku-buku ini, Tahniah! Saya ucapkan. Tingkatkan iltizam dan teruskan usaha.

Terima kasih semua.

©CT NURZA
19 Okt 2017

Wednesday, October 18, 2017

BIANGLALA MELUKIS SYURGA ( ANTOLOGI SAJAK MERDEKA)




Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Syukur, Alhamdulillah! Dengan izin-Nya, Antologi terbaharu saya yang ke #40 telah selamat diterbitkan dan selamat sampai ke tangan. Sebuah karya saya termuat di dalam antologi yang cukup hebat ini yang mana kesemua karya dinilai dan disaring terlebih dahulu oleh panel penilai yang begitu arif dalam bidang bahasa.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya yang berjaya turut serta di dalam antologi yang cukup cantik dan terlalu istimewa ini.

Kepada yang ingin mendapatkan buku ini, anda boleh hubungi saya di alamat e-mel ctnurza@gmail.com

Untuk pengetahuan, buku ini diterbitkan oleh PENA dan dijual dengan harga RM30.00 senaskah (Sem)/ RM35.00 (Sbh/Srwk).

Sokonglah industrian perbukuan Malaysia! Terima kasih PENA.

©CT Nurza
18 Okt 2017
9:03PM

*kepada 10 pembeli terawal akan mendapat gift keychain patung duyung dari Songkhla, Thailand yang telah saya sediakan sebagai menghargai pembaca bianglala. Terima kasih kepada yang sudah memiliki buku ini.

ULASAN BUKU AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA



Alhamdulillah! Syukur kerana minat membaca yang tertanam semenjak kecil membuatkan tumbuh minat mengulas pada diri saya sebaik sahaja selesai menghabiskan bacaan sesebuah buku.

Ini merupakan ulasan buku saya yang ke #5 ditulis dan dihantar ke akhbar arus perdana serta diterbitkan tanpa disunting dan dicantas oleh editor. Terima kasih MM kerana sudi menerima karya-karya kecil saya hasil buah fikiran yang tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal yang negatif dan merosakkan minda saya untuk berkarya.

Bagi saya membaca itu membuatkan kita mengetahui banyak perkara yang sebelum ini kita tidak pernah fikir dan ambil tahu. Apabila kita banyak membaca otak kita sentiasa diberi makanan terbaik dan sihat untuk berfungsi dengan sempurna dan bertambah pick-up. Apatah lagi jika kita memilih bahan bacaan ilmiah yang bermutu selain kita sentiasa membaca al-Quran ayat-ayat yang memberi ketenangan jiwa kalamullah, itu lagi menambahkan ketajaman akal fikiran dan minda kita berfikir.

Jadi kepada yang kurang minat membaca, saya cadangkan buanglah tabiat malas membaca itu ya. Kurang membaca dan berfikir,  kita seperti menyeksa otak untuk menjadi lemah dan tidak berfungsi sedangkan ia anugerah Allah yang amat berharga kepada kita. Bacalah apa sahaja bahan bacaan untuk menambah pengetahuan selagi ia tidak melalaikan kita dengan tulisan-tulisan yang negatif dan merugikan.

Untuk itu selamat membaca dan salam kejayaan buat semua.

Terima kasih.

©CT Nurza
18 Okt 2017


PUISI PILIHAN NST : SEPI ITU DAMAI




Terima kasih Akhbar NST, Sabah kerana sudi memilih dan memberi ruang karya kecil saya termuat dalam ruangan sastera mingguan yang dikendalikan.

Terima kasih kepada Tuan editor, kolumnis dan warga kerja NST yang sudi menyiarkan puisi koleksi peribadi saya yang ditulis dan disimpan semenjak tahun 2015 lagi.

Sebenarnya ini puisi yang saya sediakan untuk sebuah manuskrip Kumpulan Puisi saya bagi menyertai Bengkel Penulisan Kreatif Novel, Cerpen dan Puisi bersama ITBM di Perpustakaan Raja Uda, Shah Alam pada tahun 2015. Namun manuskrip itu tidak jadi dihantar ke mana-mana memandangkan masih banyak kelemahan di sana sini yang membuatkan saya belum yakin untuk menerbitkan buku perseorangan jadi saya buat keputusan pilih sahaja karya-karya terkumpul yang sesuai mengikut tema kemudian terbitkan sahaja dalam antologi bersama selain dihantar ke media cetak.

Alhamdulillah! Setelah disunting kembali mengikut konsep akhbar dan antologi, sebahagian daripada sajak-sajak di dalam manuskrip tersebut telah berjaya dibukukan juga diterbitkan di akhbar. Terima kasih kepada penerbit-penerbit yang sudi menerima karya saya.

Selamat maju jaya kepada semua!

©CT Nurza
18 Okt 2017
8:03PM

Tuesday, September 26, 2017

ULASAN BUKU CATATAN KENANGAN : AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA AHAD


Assalamualaikum...

Sawadikap... sawadikah... salam sejahtera semua. Apa khabar? Maafkan saya kerana lama membiarkan laman ini sepi.

Kepada yang sudi menyinggah, tinggalkan komentar-komentar dan sebagainya di blog ini, terima kasih sekalung budi saya ucapkan.

Sebenarnya saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas mengikuti rombongan ke Hatyai-Songkhla, Thailand pada 20-23 Sept 2017 yang lalu.

Alhamdulillah! Walaupun keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan, tetapi syukur kerana perjalanan kami lancar dan selamat pergi serta kembali.

Tambah bersyukur lagi sekembalinya saya ke tanah air tercinta, saya disambut dengan penyiaran karya saya di ruangan Ulasan Buku di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia pada 24 September yang lalu. Terima kasih Tuan Editor dan Akhbar MM yang sentiasa sudi meneliti dan menerima karya kecil saya seadanya untuk mengisi ruangan ulasan yang disediakan.

Ketelusan anda amat saya hargai. Terima kasih sekalung budi untuk warga kerja MM. Ini merupakan ulasan keempat yang saya hantar dan kesemuanya berjaya menembusi akhbar MM untuk disiarkan. Syukran!

Akhir kata selamat malam kepada semua. Jumpa lagi...

-CT Nurza
28 Sept 2017
01:31 pagi

Friday, September 8, 2017

ULASAN BUKU PERTIWI KERSANI - AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA


Memulai awal September dengan karya terbaharu diterbitkan di Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 03 September 2017. Syukur, Alhamdulillah! Ini merupakan ulasan buku yang ke #3 saya tulis (jua tiada penyuntingan dilakukan) dan diterbitkan di akhbar arus perdana MM. Terima kasih sekalung budi kepada Tn. Editor kerana sudi menilai dan memberi ruang untuk saya terus berkarya menggilap bakat agar lebih menyerlah dan bersinar meskipun hanya sekadar menulis ulasan-ulasan buku untuk diperkenalkan kepada khalayak.

Dengan sumbangan bakti yang sebegini, saya berharap penulis- penulis dan penerbit akan lebih gigih untuk mempertingkatkan usaha bagi menghasilkan karya-karya yang lebih baik dan bernilai pada masa akan datang.

Kita perlu membuktikan bahawa buku- buku yang diterbitkan secara persendirian juga bukan buku yang bernilai sampah seperti tohmahan-tohmahan sesetengah pihak atau individu  yang kita baca dan dengar selama ini. Kita juga berupaya menghasilkan karya-karya yang baik dan bermutu mengikut standard BMT.

Seharusnya, dengan usaha yang kita lakukan ini, kita berjaya mencelikkan mata fikir mereka yang buta dan hanya tahu menilai serta menghukum berdasarkan emosi dan ketidakpuasan hati semata-mata kerana berasa diri terlalu bagus. Buktikan kita bukan penulis subsidi dan royalti yang tidak mampu berdikari dan menjadi diri sendiri. 

Biarkan hari ini kita dikecam dengan pelbagai kritikan untuk menjatuhkan, namun kita tetap bangkit dan berdaya saing dengan daya usaha untuk terus berjaya. Saya yakin suatu masa nanti pengkritik yang suka membakul sampahkan karya-karya kita ini pasti akan termalu sendiri kerana karya-karya mereka jua tidaklah sebagus mana tanpa disunting dan dibaiki oleh editor-editor yang hebat dan berpengalaman. Tak perlu cakap besar hanya kerana buku-buku anda berjaya lolos di penerbitan gergasi. Zaman ini zaman ampu dan bodek, yang lurus bendul tak reti ampu bodek, cukuplah terbit sendiri asalkan karya-karya anda juga bermutu tinggi. 

Ayuh kawan-kawan, teruskan usaha dan perjuangan kita biar apa nak dikata. Salam sukses untuk semua. 

-CT Nurza
07 Sept 2017

Tuesday, August 15, 2017

PUISI PILIHAN NST : MAGENTA KEINSAFAN (13 Ogos 2017)



13 Ogos 2017, Terima kasih Akhbar NST Sabah kerana sudi menerbitkan karya kecil saya untuk mengisi ruangan Puisi Pilihan pada minggu lalu.

MAGENTA KEINSAFAN terinspirasi daripada sekeping foto pemberian seorang sahabat yang tiba-tiba mencetuskan ilham saya untuk menukil sajak ini secara spontan. Saya cuba mengupasnya dengan pemikiran dan pemerhatian saya terhadap gambar tersebut.

Apabila Allah ingin memberi sesuatu kepada kita, maka dipancarkan ilham yang baik-baik untuk menulis. Saya sering meminta dan berdoa agar diberikan ilham yang segar bugar untuk berkarya. Jika boleh setiap penghasilan karya, saya ingin mencari suatu kelainan dan punya identiti sendiri. Ikut-ikutan cara dan gaya orang lain itu bukan cara saya. Saya suka menulis ikut buah fikiran sendiri, itu lebih bermakna.

Daripada karya ini saya juga banyak belajar sesuatu yang baharu... terima kasih kepada warga kerja NST, Tn. Editor, rakan-rakan seperjuangan yang tulus, insan mulia dan budiman yang banyak menunjuk ajar saya menghasilkan karya bermutu dan bagus dalam genre sajak dan cerpen serta semua yang sudi membaca karya saya, kebaikan dan doa kalian tidak akan saya lupakan.

Andai ada segala kekurangan dan kelemahan dalam karya-karya saya, ampun maaf dipinta kerana saya ini cuma penulis kecil yang sentiasa belajar dan terus belajar dengan cara sendiri dalam sepi yang terindah untuk saya maknai dengan pengisian-pengisian yang berfaedah. Jika ada sebarang teguran dan pandangan boleh sahaja tinggalkan komentar tuan puan di laman ini. Insya-Allah! Akan cuba saya luangkan waktu untuk menjawabnya nanti.

Salam santun salam hormat selalu buat semua. Terima kasih.

CT Nurza
Selangor.
15 Ogos 2017

Wednesday, July 26, 2017

ULASAN BUKU KUMPULAN CERPEN : 30 HARI LAGI




Syukur, Alhamdulillah! 23 Julai 2017 yang manis. Sekali lagi Ulasan Buku yang ditulis dan dihantar ke Ruangan Seni & Budaya Akhbar Mingguan Malaysia berjaya diterbitkan dalam tempoh seminggu tanpa menunggu lama untuk disiarkan. Ulasan ini merupakan ulasan ke #2 saya yang dihantar ke MM sekali gus diterbitkan dalam waktu terdekat dan singkat tanpa disunting.

Terima kasih Tn. Editor kerana sudi menilai dan menerima karya kecil saya untuk diterbitkan. Meskipun saya hanya penulis kecil dan tidak ternama, namun dengan tersiarnya karya-karya kecil saya di akhbar arus perdana yang begitu senget persaingannya, sekurang-kurangnya saya rasa tersuntik semangat untuk terus berdaya saing dan maju dalam menghasilkan karya-karya bermutu dan berkualiti dari semasa ke semasa.

Saya akui memang tidak mudah untuk mengekalkan momentum berkarya ini secara berterusan jika tiada semangat dalaman yang tinggi dan tidak mampu bersaing secara sihat di gelanggang yang tepat. Bagi saya persaingan seumpama ini bagaikan satu cabaran hebat yang perlu saya sambut secara positif untuk menjadi penanda aras dalam berkarya. Tanpa keberanian untuk menghadapi sebarang kegagalan, sudah pasti kita tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Jadi, kepada yang menyintai bidang penulisan, pastikan niat anda lurus dan betul. Ini kerana niat yang terpesong akan menempatkan diri kita kepada jurang kegagalan dan sukar untuk berjaya setiap usaha yang dilakukan. Jadi, bersihkan hati betulkan niat kerana itu yang paling utama bagi seorang penulis.

Sampai jumpa lagi. Terima kasih sekalung budi kepada semua para pengunjung blog NKN yang sudi bertamu.

©CT Nurza
26 Julai 2017

Friday, July 14, 2017

ULASAN BUKU : TRIBUNAL CINTA ( MINGGUAN MALAYSIA)


Salam sejahtera salam bahagia semua. Apa khabar? Dengan harapan semoga semuanya berada dalam situasi yang baik serta dilindungi Allah SWT selalu.

Alhamdulillah... Antologi Bersama Cerpen " Tribunal Cinta" sudah hampir 2 bulan berada di pasaran. Ini merupakan antologi istimewa bagi saya dan rakan-rakan yang menyertainya.

Antologi ini telah diulas oleh Tuan S. Amir On pada minggu lalu bertarikh 9 Julai 2017 terbitan Akhbar Mingguan Malaysia, Ahad.. Syukur dan terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi mengulas cerpen hasil karya saya juga bersama karya rakan-rakan yang lain.

Sejujurnya cerpen ini karya luhur dan jujur dari hati, namun saya cuba menggarapnya dengan sebaik mungkin agar ia dapat memberi kesan kepada pembaca yang mengikuti perkembangan karya-karya saya yang tidak sehebat mana tetapi telah mencuba sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk pembaca semua. Selebihnya, terserah kepada penilaian pembaca.

Saya menerima segalanya dengan lapang dada. Setiap hari saya cuba memperbaiki mutu penulisan saya untuk mencapai ke tahap yang lebih sempurna daripada sebelumnya. Insya-Allah! Segala teguran dan kritikan yang membina amat saya hargai.

Kepada rakan-rakan kolaborasi semua, Syabas & Tahniah! Saya ucapkan. Semoga semuanya terus sukses dan maju jaya selalu. Amin. Terima kasih sekalung budi.

"Melangkah biar ada matlamat. Menulis biar berpaksi kepada niat yang murni, bersaing biar terus secara sihat dan masuk ke gelanggang yang tepat, berdengki iri jangan sekali-kali dibiak diternak mengotorkan hati dan peribadi. Suci putih hati terbuka luas pintu rezeki! Insya-Allah."

©CT Nurza
14 Julai 2017

Monday, July 10, 2017

ULASAN BUKU : MINGGUAN MALAYSIA 09 Julai 2017



Alhamdulillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya untuk-Nya.

Syukur setinggi syukur kerana niat murni saya Allah makbulkan. Terima kasih editor Akhbar Mingguan Malaysia kerana sudi meneliti dan menilai ulasan buku Antologi Bersama " REGIS" ini untuk diterbitkan sebagai pembuka tirai bulan Julai 2017. Ulasan buku ini merupakan karya pertama saya yang berjaya diterbitkan pada Julai ini dalam tempoh tidak sampai seminggu dihantar ke penerbitan arus perdana. Tiada kata seindah bahasa. Terima kasih sekalung budi.

Hasil galakan dan sokongan teman-teman seperjuangan yang memberi kepercayaan dan meyakini kemampuan saya, akhirnya saya menyambut positif hasrat mereka untuk mengulas buku ini sekadar kemampuan yang ada pada saya. Berkat doa mereka juga saya begitu teruja untuk mencuba menulisnya dan hantar ke akhbar MM. Alhamdulillah! Tanpa duga ia membuahkan hasil. Secara tidak langsung, ini menjadi satu suntikan semangat untuk saya terus melangkah ke hadapan dengan menerokai genre ini pula yang sememangnya turut menjadi minat saya.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa ada menyokong usaha saya, kalian sentiasa dalam doaku jua. Semoga kita semua sentiasa sukses dalam usaha dan apa jua yang kita lakukan. Kuatkan tekad dan pergantungan kita hanya kepada DIA Maha Pemberi Rezeki dan keberkatan di atas segala usaha dan niat tulus kita. Insya-Allah! Sukses selalu...

Salam harmoni dan salam kejayaan buat semua! Terima kasih.

-CT Nurza
10 Julai 2017

*kredit foto : Ehsan Tn. Tabir Alam & Pn. Sabariah Nor Salleh. Terima kasih.

Tuesday, June 20, 2017

SAJAK & SONETA 2017


Jun yang manis. Terima kasih Akhbar Utusan Malaysia Sabtu E-sastera (17 Jun 2017) kerana sudi menilai dan menerbitkan karya kecil saya sebuah sajak berjudul "Monopoli Sunyi" yang telah dihantar pada November 2016. Syukur, Alhamdulillah!


Karya kedua yang terbit pada minggu lepas (18 Jun 2017) sebuah puisi genre Soneta berjudul "Pasar Ramadan". Karya ini dihantar pada awal Jun yang lalu. Terima kasih Akhbar Sinar Harian yang juga sudi menilai dan menerbitkan karya kecil saya. Tersuntik semangat untuk terus berkarya dan berkreativiti dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti. Insya-Allah!

~Salam Ramadan dan Syawal buat semua yang saya hormati~

- CT NURZA
20 Jun 2017

Friday, June 16, 2017

CORETAN PAGI (2)




Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sahur semua. Salam lailatulqadar juga. Semoga kita semua diberi
Keampunan oleh Allah atas segala salah silap dan dosa-dosa kita yang terlalu banyak. Mudah-mudahan Ramadan tahun ini memberi kesan terindah mentarbiah diri dan sikap  kita selama sebulan di madrasah Ramadan.

Mohon maaf, kerana dah lama tak kemas kini entry-entry terbaharu di laman ini atas kesibukan rutin seharian dan sebagainya. Berkebetulan baru-baru ini tab saya bermasalah, jadi terpaksalah menyepikan diri bertenang-tenang rehatkan minda buat seketika.

Walau bagaimana pun, syukur alhamdulillah! Sebelum tab terkena serangan virus daripada luar, saya sempat menyiapkan beberapa buah karya untuk dihantar ke akhbar, majalah dan jua untuk diantologikan. Mohon doakan saya terus tabah dan cekal untuk berkarya dengan tenang dan damai meskipun banyak dugaan yang terpaksa didepani... Insya-Allah!

Okeylah, sudah hampir 4:00 pagi. Saat paling hampir antara kita dengan DIA, ayuh kita tunaikan apa yang perlu. Jika ada kesempatan nanti kita jumpa lagi. Akan saya kongsikan karya-karya terbaharu saya di sini kelak. Doakan saya agar dikurniaka ilham yang baik dan bernas untuk menulis.

Terima kasih sekalung budi buat semua...jika anda ada teguran membina untuk memantapkan blog kecil saya ini, silalah tinggalkan komen dan alamat e-mel ya. Andai buah fikiran anda dapat menarik perhatian saya, Insya-Allah! Akan saya berikan hadiah sebagai penghargaan nanti...

Sampai jumpa lagi. Selamat bersahur dan Assalamualaikum...

- CT Nurza
16 Jun 2017

Sunday, June 4, 2017

CORETAN PAGI


Assalamualaikum...

Salam keceriaan buat semua. Bagaimana puasa tahun ni? Bertambah lebih baik atau masih di takuk lama tahapnya? Dah muhasabah diri pagi-pagi ni?

Sepanjang bulan puasa ni, banyak lagi status-status pengguna laman sosial yang masih tak berubah-ubah sikapnya dari bulan biasa. Siangnya puasa, letih tahan lapar seharian. Menjelang malam, tulis lagi status-status di fb, twitter dan lain-lain kutuk dan sindir-sindir orang lain. Allah Hu Rabbi... semakin tua umur patutnya semakin matang. Ni masih tunjukkan contoh sikap dan peribadi yang tak berapa nak molek khalayak tengok.

Sebahagiannya mudah sangat menyelar orang lain begitu begini, bodoh, sombong, ujub, riyak, takabbur dan lain-lain. Tetapi sebenarnya mereka lupa untuk cermin dirinya sendiri yang angkuh dan ego tanpa sedar. Kejahatan lidah masih tak terkawal. Suka bercakap menyinggung perasaan. Jadi, di manakah letaknya nilai puasa kita tu ya? Kadang-kadang saya cemoih buka fb itulah sebabnya. Perangai pengguna fb yang tak semengah! Semakin hari semakin teruk. Entah kenapa bila orang lain berperangai tak elok, saya yang rasa malu!

Malas nak like status-status kenduri makan daging busuk ni. Semua orang ada emosi. Maka bijak-bijaklah kawal emosi walaupun sakit hati macam-macam kat orang. Check list diri sendiri, kerana kita pun tak seindah mana sikap dan peribadi. Tak perlu perasan diri kita terbaik dan hebat. Asyik jadi langau mencari kekotoran. Belajarlah menyantuni dan menghormati orang lain.

Kita hidup di dunia ni tak lama mana pun. Jangan suka sakitkan hati orang dengan sikap kita. Nanti apabila ada orang lain balas balik sakitkan hati kita, tahu pulak nak sentap-menyentap dan macam-macam. Sedangkan kita tak sedar perbuatan kita pun terlalu menyakitkan hati dan perasaan insan lain. Apa ke benda up status-status yang menampakkan kepincangan peribadi kita sendiri yang serba kurang. Kurang akhlak dan kurang adab. Masya-Allah!

Jadi, bulan puasa ni, tolong jaga patah-patah perkataan yang ingin dilontarkan. Kita hormat orang, orang lagi hormat pada kita. Jagalah adab bila berkata-kata supaya rakan-rakan selesa mendekati kita. Tidak ada orang yang suka bergaul dengan si mulut jahat KECUALI sama-sama bermulut jahat. Memang serasi selagi tak kena buku dengan ruas kan????

Okeylah, saya nak berhenti di sini dulu. Nak masak sahur. Ada masa jumpa lagi ya. Untuk semua, jaga amalan jagalah sikap dan tutur kata. Lebih baik buat hal sendiri dan diam daripada asyik nak memuntahkan emosi kita menyinggung hati insan lain di laman sosial. Tak mendatangkan manfaat kepada yang membaca. Bosan lagi ada. Jika ada sebarang masalah selesaikanlah secara peribadi... itu lebih cerdik tindakannya!

Sekian, salam sahur. Terima kasih.

- ©CT Nurza
04 Jun 2017

Thursday, June 1, 2017

BUKU & GiFT UNTUK PEMBACA TC


Assalamualaikum...
Terima kasih dan syukur kerana Antologi Tribunal Cinta ini telah sampai ke tangan penerimanya. Terima kasih sudi memiliki buku ini dan sudi menghadami karya-karya penulis kecil seperti kami. Semoga beroleh ilmu dan manfaat selepas membacanya.

Selamat malam dan selamat bertarawih!

Tuesday, May 30, 2017

CORAT CORET (vi)

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam dhuha. Bagaimana cuaca di tempat saudara dan saudari, tuan puan... kat tempat saya cuaca mendung. Mungkin tunggu masa je hujan turun. Apa pun syukur Alhamdulillah! Semoga gembira makhluk alam dengan titisan rahmat Ilahi yang mencurah.

Hari ni apa plan kita ya? Saya cuma nak beroperasi melipat kain baju dan mengemas rumah je hari ni. Hujan-hujan ni memerap di rumah lagi bagus. Banyak kerja-kerja rumah dapat disempurnakan. Insya-Allah!

Sempena bulan berkat ni, mari kita bersama-sama mendoakan ibu-bapa, adik-beradik, sanak saudara serta muslimin muslimat takkira di mana pun berada agar sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan rezeki serta dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan aman. Amin...

Selamat menunaikan ibadah puasa. Jumpa lagi.

-CT Nurza
30 Mei 2017 ni

Monday, May 29, 2017

KONSERT MUZIKAL PUITIKA PUJANGGA 2017


Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga sihat sejahtera meneruskan rutin harian kita.

Beberapa bulan lepas, saya berhasrat sangat untuk menyaksikan Konsert Muzikal Puitika Pujangga ini. Namun disebabkan berhalangan masalah kesihatan, harapan hanya tinggal harapan.

Hari ini, saya ingin kongsikan artikel yang ditulis oleh penulis undangan kolum 1 Memoir di dalam Akhbar Buletin Rakyat kira-kira sebulan yang lalu.

Untuk membaca artikel ini, anda boleh klik pada gambar dan zoomkan. Terima kasih kepada penulis kolum 1 Memoir, Ayahanda MPTD yang sudi berkongsi artikel ini untuk dipaparkan di blog kecil saya.

Semoga ada manfaat untuk kita bersama.

Terima kasih sekalung budi.

-CT Nurza
29 Mei 2017

Sunday, May 28, 2017

ANTOLOGI TRIBUNAL CINTA & BERBALAS PANTUN.


Foto 1 : Antologi Bersama Ke #34 (Antologi Berbalas Pantun)


Foto 2 : Antologi Bersama Ke #35 (Antologi Tribunal Cinta).

-CT Nurza
28 Mei 2017

UCAPAN RAMADAN 1438 HIJRAH



Tiada yang lebih manis apabila Ramadan tiba, kita dapat berbuka puasa bersama ayahbonda tercinta. Al-Fatihah...

SALAM RAMADAN 1438 HIJRAH



Assalamualaikum dan salam sahur...

Apa khabar semua? Didoakan agar sentiasa dalam peliharaan Allah SWT sepanjang masa.

Beberapa hari ni semangat saya menjadi 'down' sedikit apabila karya yang dinantikan penerbitannya tiba-tiba berlaku kecacatan pada awal perenggan dan kesilapan tatabahasa yang dilakukan oleh pihak lain tanpa mengikut manuskrip asal cerpen yang saya berikan.

Saya tidak mahu hipokrit kerana saya bukan manusis jenis kaki bodek, ampu dan bermuka-muka untuk memuji jika karya saya jadi kurang elok selepas diterbitkan dalam bentuk buku. Bagi saya penerbitan karya di dalam buku ini sangat penting dijaga mutu karyanya kerana ia menjadi persembahan yang terbaik untuk pembaca menilai dan meneliti daripada pelbagai aspek.

Tidak semua penulis zero ilmu tatabahasa walaupun kami bukan ahli bahasa bertauliah dan hebat. Sebagai penulis kami sentiasa meningkatkan ilmu penulisan... tetapi apabila kesilapan itu dilakukan oleh pihak kedua tanpa pengetahuan kami semasa proses layout dan editing, ia terasa amat mengecewakan biar terpaksa memendam rasa karya yang ditulis menjadi 'cacat' dan mendapat kritikan. Semua ini penulis yang akan tanggung apabila karya yang dibaca oleh khalayak terdapat banyak kesilapan berbeza dari naskah asal yang diberikan... 😭😭😭

Pengalaman saya bertugas sebagai penolong editor sebuah majalah, telah saya manfaatkan sebaiknya di dalam setiap hasil karya cerpen atau puisi. Saya hanya pastikan karya-karya terbaik dan sifar kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sahaja akan saya hantar untuk dinilai bagi tujuan penerbitan sejak saya melibatkan diri dengan penulisan terutama cerpen.

Alhamdulillah! Sebagai buktinya, tiada karya-karya saya disunting oleh editor majalah atau akhbar melainkan disiarkan mengikut karya asal yang diberikan. Setiapali karya terbit di media cetak, saya pasti akan membuat semakan kembali dengan karya asal yang dikirim jika ada yang disunting atas kelemahan saya sendiri. Insya-Allah! Selagi tidak mencacatkan mutu karya saya, saya menerima dengan lapang dada dan terbuka untuk memperbaiki mutu penulisan saya.

Begitu juga dengan karya-karya untuk diantologikan. Saya pastikan yang terbaik dan berpuas hati sahaja akan dihantar untuk diterbitkan. Kesilapan ejaan, tanda baca dan tatabahasa saya akan cuba jaga sebaiknya. Ini kerana saya tak suka buat sesuatu asal boleh dan sambil lewa kerana saya tahu hasilnya amat merugikan... 😢😢😢😢😢

Walau apa pun Tahniah! Kepada semua yang terlibat. Tiada kata seindah bahasa. Terima kasih sekalung budi. Nampaknya, mood saya dah spoil untuk berantologi, maka biarlah saya beristirahat ikut jejak langkah kawan-kawan hasilkan karya-karya terbaik untuk penerbitan di media cetak dan hasilkan buku persendirian pula jika ada rezeki kemudian hari. Apa guna saya terus berantologi jika sering diuji kekecewaan berpanjangan... mohon maaf pada semua.

Terima kasih...

- CT Nurza
28 Mei 2017

Thursday, May 25, 2017

TRIBUNAL CINTA (ANTOLOGI CERPEN BERSAMA)


Assalamualaikum...

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam bahagia selalu...

Syukur, Alhamdulillah! Antologi yang ditunggu-tunggu telah pun terbit. Terlebih dahulu "TAHNIAH" kepada semua ahli jemaah yang seramai 18 orang menyertai Antologi yang cukup istimewa ini bersama "Tuan Tanah Kedaunnya" AC Jaffrie & Nurimas SN.

Antologi ini menarik kerana mengetengahkan karya penukil-penukil yang berbakat besar dan hebat. Hasil kolaborasi Penulis Otai dan penulis baharu.

Di sini saya paparkan wajah-wajah para penukil aksara di dalamnya. 6 jejaka Macho, hensem, kacak bergaya telah menyambut cabaran TC dengan karya-karya yang mantop meletoppp gitu dengan di kelilingi bunga-bungaan... 😊😊😊😊


Foto 1 : Penerbit yang fokus dan berkaki lebar... opsss! Bukan... berkaliber... ya ampun pak! Waduh... 😁😁


Foto 2 : Penghulu Grup TC. Tuan Penyelenggara yang cukup beriman, tenang dan suka merajuk... merajuk sebab gambornya tak dicreated gitu... saja mendera perasaannya... ya ampunnn!! 😂😂


Foto 3 : Doktor Pakar yang paling tip-top di hospital HOSHAS, Temerloh dan paling cool serta Sporting dalam grup Wssp TC. Siapa kata doktor tak boleh berkarya walau dalam kesibukan tugas merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit?? Yang paling penting pengurusan masa membuktikan mereka mampu menceburi dua bidang dalam satu masa. Tahniah! Dr... 👍👍👍 😁😁😁


Foto 4 : Jejaka kesayangan anak-anak Semelai. Seorang guru BI yang sentiasa mendidik anak-anak muridnya dengan penuh dedikasi. Beliau juga hebat dan gigih berkarya walau sering kesibukan dan kesuntukan masa. Tahniah! Cikgu IP... terus melangkah maju... 👍👍👍😁


Foto 5 : Jejaka paling pemalu tetapi seorang yang prolifik berkarya di media arus perdana dan menyertai beberapa buah Antologi-Antologi Bersama. Beliau hanya muncul sekali-sekala sahaja dalam grup TC tetapi tetap sporting dalam setiap perbincangan kami. Tahniah! Dan terus sukses Wadi...



Foto 6 : Seorang pemetik gitar handalan dan sungguh romantik. Katanya dia sedang mengejar bayang Safia. Untuk mengetahui siapa Safia yang dikejar dan diburunya, jangan lupa dapatkan antologi ini dengan secepatnya sebelum stok kehabisan.



Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Antologi istimewa ini, anda boleh berhubung secara terus di PM fb, insta, twitter, dll dengan penukil-penukil di atas ataupun terus sahaja e-mel kepada saya di alamat e-mel ctnurza@gmail.com

Selain itu anda boleh berhubung di akaun instagram saya juga ct_nurza untuk sebarang pembelian buku ini. Terima kasih.


*Note ~ Harga buku tidak termasuk kos pengiriman. Cas untuk pos mengikut pembelian dan kos yang ditetapkan oleh pihak pos laju.

Terima kasih sekalung budi.

-CT Nurza
25 Mei 2017

Thursday, May 18, 2017

BERBALAS PANTUN (ANTOLOGI KE #34) 2017





Alhamdulillah! Mei disambut dengan 2 buah buku Antologi Bersama yang terbaharu. Antologi Berbalas Pantun dan Antologi Cerpen Tribunal Cinta yang telah pun diterbitkan.

Sebagai salah seorang penulis yang terlibat, tiada kata seindah bahasa nak diucapkan selain mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga.

Apa pun selamat maju jaya selalu buat rakan-rakan semua. Terima kasih sekalung budi

-CT Nurza
18 Mei 2017

Tuesday, May 16, 2017

SELAMAT HARI GURU 2017



Soneta ini telah pun disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia pada tanggal 14 Mei 2017 yang lalu. Terima Kasih MM dan editor yang sudi menilai serta menerbitkan karya kecil saya di ruangan seni dan budaya. 


-CT Nurza
16 Mei 2017
3:50 AM

Monday, May 15, 2017

PUISI HARI GURU 2017 (SONETA) : GURU PERKASA



Alhamdulillah! Mei yang manis... sekali lagi karya kecil saya berjaya diterbitkan di akhbar arus perdana untuk tahun 2017 ini. Doa dan usaha yang baik hasilnya jarang sekali mengecewakan hati. Pokok pangkalnya nawaitu kita yang akan menentukan.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat setia, suami, keluarga dan kesemua insan-insan yang tulus mendoakan kejayaan saya setiap masa. Walaupun hanya kejayaan kecil secara peribadi apabila karya-karya yang dihantar berjaya diterbitkan, setidaknya ia merupakan pemangkin semangat untuk saya terus berkarya. Maju mengorak langkah jauh ke hadapan bersama impian untuk menghasilkan karya-karya bermutu. Insya-Allah!

Saya dedikasi puisi soneta ini istimewa buat semua guru-guru tak kira di mana sahaja berada terutama guru-guru yang pernah mengajar saya. Kalian semua dalam ingatan. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sebaiknya di akhirat nanti. Amin.

Terima kasih sekalung budi

-©CT Nurza
15 Mei 2017