ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, January 15, 2017

KEPUTUSAN BERBALAS PANTUN #19 (PROJEK ANTOLOGI BERBALAS PANTUN)




Alhamdulillah! Syukur nikmat kerana dengan izin-Nya kejayaan kecil ini masih dapat dikekalkan lagi kali ini. Jawapan yang digarap hanya diberikan sepintas pandang, mengikut perkiraan akal dan mata fikir, selain lintasan ilham spontan yang hadir di saat-saat akhir, sebelum gelanggang ini ditutup tepat pada masanya.

Terima kasih Tuan T.A yang begitu profesional menilai hasil-hasil karya kami untuk diterbitkan di dalam Antologi Projek Berbalas Pantun 2016-2017 ini. Syukur! Kerana banyak jua pantun-pantun gubahan saya yang berjaya mendapat keputusan penuh (cemerlang) 5 bintang di samping pantun-pantun yang juga berjaya mendapat merit penilaian 4 bintang dan lulus untuk diterbitkan di dalam Antologi yang diselenggarakan ini. Syukur teramat syukur!

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang turut menyertai projek ini dan berjaya terpilih karya masing-masing, Tahniah dan Syabas! Saya ucapkan. Sememangnya tidak mudah untuk kita berjaya dan terus mengekalkan kejayaan tanpa ada komitmen yang tinggi untuk terus mencuba dan mencuba. Justeru, selamat maju jaya selalu buat semua rakan-rakan seperjuangan yang saya hormati dan kasihi selalu.

Jumpa lagi! Kekalkan pantun warisan kita.

©CT Nurza
15 Januari 2017
2:39am

*Kredit slaid grafik : PROJEK BERBALAS PANTUN ( SPBTA)

No comments: