ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, March 14, 2017

MUTIARA KATA 2016



MUTIARA KATA

"Kehidupan ini tidak akan bermakna tanpa guruh dan hujan, petir dan taufan. Semua kejadian ada hikmah nan indah untuk kita maknai, fikir dan belajar. Jika mengharapkan panas berterusan, ia juga tidak memungkinkan nadi kita berdenyut sempurna. Apabila mentari asyik membakar tanpa kerehatan, el-nino pasti akan melanda, bumi yang subur tetap akan menjadi rekah. Maka, fahami erti hidup. Lalui segala prosesnya dengan tenang. Jangan hilang kawalan, jangan hilang iman. Apabila segala dugaan dan ujian-Nya dihadapi dengan tabah, Insya-Allah! Kita tidak akan mudah rebah meskipun ada yang berusaha untuk menolak sehingga tersungkur jatuh ke lembah. Segala kebaikan dan keburukan ada di tangan kita. Terpulang kepada kita untuk bertindak dan memilih. Uruskan IQ dan EQ kita sebaiknya. Itulah tanda orang yang matang dan bijak".

Catatan 2016 (Setahun sudah)

~CT Nurza

No comments: