ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, March 10, 2017

PEMENANG SAYEMBARA PUISI DSN 2017






Assalamualaikum...

Sejahtera dan bahagia selalu buat semua pengunjung setia blog NKN. Harapan dan doa semoga anda semua sihat walafiat. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan jejak dan komentar di laman ini. Keikhlasan anda amat saya hargai. 

Mohon maaf jua andai saya terlewat membalas komen-komen anda semua, namun Insya-Allah! Saya akan cuba membalasnya secepat mungkin apabila saya berkelapangan.

Alhamdulillah! Rezeki 2017 menyinggah lagi tanpa duga. Asalnya saya cuma menyertai sayembara ini sekadar memberi sokongan dan tidak langsung berangan-angan untuk menang, memandangkan saya ini hanya pengkarya kecil yang tidak ternama atau terkenal tetapi rezeki Allah, hanya DIA yang menentu kepada siapa yang ingin diberi. Dari itu, saya tetap bersyukur atas segala kurniaan-Nya sehingga ke hari ini.

Memang tidak mudah untuk terus mengekalkan kejayaan biarpun kecil, tetapi niat yang luhur serta jernih hati untuk bersaing secara sihat di gelanggang yang tepat, maka saya turut mencuba tanpa memikirkan soal kalah atau menang. Hadiah bukanlah ukuran yang menjadi matlamat utama saya masuk bertanding kerana soal hadiah dan sebagainya itu urusan pihak penganjur dan penaja. Lagipun ia cuma sayembara kecil untuk menguji keupayaan kita mengupas tema yang diberikan serta mengikut syarat yang ditetapkan sebagai latihan untuk mendisiplinkan diri berkarya.

Kepada para pemenang yang berjaya, Tahniah! Saya ucapkan. Kepada yang tidak berjaya usaha dan cuba lagi. Paling mengujakan, kami dimaklumkan bahawa karya-karya yang memenangi sayembara ini akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Romania. Alhamdulillah! Syukur...

Terima kasih sekalung budi kepada pihak penganjur, penaja, juri-juri dan para admin DSN yang berinisiatif menganjurkan sayembara ini. Sukses selalu buat semua.

- CT Nurza
10 Mac 2017
07:12PM

No comments: