ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 5, 2017

1 MEMOIR : SISIPAN SAJAK KEMBARA BUDAYA 2017



Foto 1 : Siri Pertama


Foto 2 : Siri Ke-2


Foto 3 : Siri Ke-3

Alhamdulillah, kembara budaya saya ke Narathiwat, Thailand beberapa bulan lepas akhirnya tidak sia-sia apabila pulang dari sana dua buah karya berupa cerpen travelog dan puisi dapat dihasilkan dengan jaya sebagai kenangan.

Untuk membaca puisi kembara saya yang disisipkan oleh penulis undangan BR ini, sila dapatkan Akhbar Buletin Rakyat Bil : 272 yang telah diterbitkan.

Terima kasih kepada Akhbar Buletin Rakyat dan juga Penulis Kolum 1 Memoir iaitu Ayahanda Mat Piah Teh Deris yang sudi melamar puisi saya untuk diterbitkan dalam artikel tulisannya. Semoga BR terus maju jaya dan semoga Ayahanda MPTD terus dianugerahkan kesihatan yang baik untuk terus menulis. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam dunia penulisan. 

Salam hormat sekalung budi setulus hati buat BR dan MPTD kerana sudi menulis dan menyiarkan artikel tentang kembara budaya ini sebanyak 3 siri. Jasamu dikenang!

- CT Nurza
05 April 2017
07:44AM

CERPEN : SEGULUNG TAKDIR SEORANG WANITA (2017)




Assalamualaikum...

Salam bahagia dan selamat pagi semua. Apa khabar? Doa harapan saya agar kalian semua sihat walafiat dengan rezeki kesihatan dan iman yang teguh hendaknya.

Mohon maaf kerana sudah lama tidak berkesempatan mengemaskini laman blog ini. Walau apa pun, syukur dan terima kasih kerana masih ada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke laman ini. Budi baik kalian semua amat saya hargai. 

Untuk rakan-rakan semua, April ini bulan yang sangat bermakna dan manis buat saya. Percubaan pertama saya menulis sebuah cerpen untuk dinilai dan diterbitkan di Majalah WANITA terbitan Utusan Karya (Anak Syarikat Kumpulan Utusan) kini telah berjaya melepasi penilaian untuk diterbit dan disiarkan dalam majalah WANITA bulan April. 

Cerpen ini diterbitkan sepenuhnya mengikut naskah asal yang saya kirimkan kepada pihak penerbit tanpa disunting oleh editor. Jadi kepada yang sudi membaca karya kecil saya, silalah dapatkan majalah ini dengan segera ya. Doakan saya terus berjaya dalam dunia penulisan dengan menghasilkan karya-karya bermutu tinggi, bukan plagiat dan menciplak karya orang lain demi nama dan sanjungan, hakikatnya hanya menipu dan memalukan diri sendiri. 

Selamat Maju Jaya buat semua! Teruskan usaha untuk berjaya...

Salam santun dan salam hormat.

- CT Nurza
05 April 2017
07:14AM

1 Memoir : PERGINYA JINS SHAMSUDIN


Al-Fatihah...

Semoga roh Allahyarham Tan Sri dicucuri rahmat.

*Kredit Foto : Buletin Rakyat Sumbangan Penulis Undangan  (Ayahanda Mat Piah Teh Deris). Terima kasih.

- CT Nurza
05 April 2017
06:32AM

~Untuk membaca artikel ini, sila dapatkan Akhbar Buletin Rakyat Bil 271 bertarikh 01 April 2017.