ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 5, 2017

1 MEMOIR : SISIPAN SAJAK KEMBARA BUDAYA 2017



Alhamdulillah, kembara budaya saya ke Narathiwat, Thailand beberapa bulan lepas akhirnya tidak sia-sia apabila pulang dari sana dua buah karya berupa cerpen travelog dan puisi dapat dihasilkan dengan jaya sebagai kenangan.

Untuk membaca puisi kembara saya yang disisipkan oleh penulis undangan BR ini, sila dapatkan Akhbar Buletin Rakyat Bil : 272 yang telah diterbitkan.

Terima kasih kepada Akhbar Buletin Rakyat dan juga Penulis Kolum 1 Memoir iaitu Ayahanda Mat Piah Teh Deris yang sudi melamar puisi saya untuk diterbitkan dalam artikel tulisannya. Semoga BR terus maju jaya dan semoga Ayahanda MPTD terus dianugerahkan kesihatan yang baik untuk terus menulis. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam dunia penulisan. 

Salam hormat sekalung budi setulus hati buat BR dan MPTD.

- CT Nurza
05 April 2017
07:44AM

No comments: