ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Wednesday, April 5, 2017

CERPEN : SEGULUNG TAKDIR SEORANG WANITA (2017)




Assalamualaikum...

Salam bahagia dan selamat pagi semua. Apa khabar? Doa harapan saya agar kalian semua sihat walafiat dengan rezeki kesihatan dan iman yang teguh hendaknya.

Mohon maaf kerana sudah lama tidak berkesempatan mengemaskini laman blog ini. Walau apa pun, syukur dan terima kasih kerana masih ada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke laman ini. Budi baik kalian semua amat saya hargai. 

Untuk rakan-rakan semua, April ini bulan yang sangat bermakna dan manis buat saya. Percubaan pertama saya menulis sebuah cerpen untuk dinilai dan diterbitkan di Majalah WANITA terbitan Utusan Karya (Anak Syarikat Kumpulan Utusan) kini telah berjaya melepasi penilaian untuk diterbit dan disiarkan dalam majalah WANITA bulan April. 

Cerpen ini diterbitkan sepenuhnya mengikut naskah asal yang saya kirimkan kepada pihak penerbit tanpa disunting oleh editor. Jadi kepada yang sudi membaca karya kecil saya, silalah dapatkan majalah ini dengan segera ya. Doakan saya terus berjaya dalam dunia penulisan dengan menghasilkan karya-karya bermutu tinggi, bukan plagiat dan menciplak karya orang lain demi nama dan sanjungan, hakikatnya hanya menipu dan memalukan diri sendiri. 

Selamat Maju Jaya buat semua! Teruskan usaha untuk berjaya...

Salam santun dan salam hormat.

- CT Nurza
05 April 2017
07:14AM

No comments: