ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, May 2, 2017

SONETA : FITNAH CYBER (SINAR HARIAN)




Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Semoga kehadiran Mei ini menjanjikan lebih kebahagiaan dan kecemerlangan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Insya-Allah!

Sempena menyambut kehadiran Mei ini, Syukur Alhamdulillah! Dengan izin Allah SWT sebuah lagi karya saya berjaya diterbitkan di media cetak. Selepas tiga minggu karya ini dihantar kepada editor, akhirnya tanpa disangka puisi genre soneta saya ini berjaya jua terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih Akhbar Sinar Harian yang bertarikh 30 April 2017, kerana sudi menyiarkan karya kecil saya yang tidak seberapa. Penyiaran ini saya anggap sebagai satu platform untuk terus berkarya dengan gigih menghasilkan karya-karya terbaik untuk tatapan pembaca dan diri sendiri bagi melepasi penilaian untuk diterbitkan. Insya-Allah!

Kepada rakan-rakan yang begitu prihatin saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas info dan ucapan Tahniah! Yang diberikan melalui facebook, Messenger, WhatsaAp, Grup Penulisan dan lain-lain. Sokongan dan doa kalian amat saya hargai.

Salam hormat dan salam kejayaan dari saya untuk semua. Kita semua mampu berjaya selagi terus usaha dan abaikan segala kata-kata negatif yang diterima. Kita mampu mengatur langkah bergantung kepada apa yang kita niatkan. Terus usaha dengan yakin dan penuh pergantungan kepada Allah!

Terima kasih dan salam Tahajud!

-CT Nurza
02 Mei 2017
04:45 AM

*kredit foto : sumber kak Zaleena Enaa

No comments: