ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Tuesday, June 20, 2017

SAJAK & SONETA 2017


Jun yang manis. Terima kasih Akhbar Utusan Malaysia Sabtu E-sastera (17 Jun 2017) kerana sudi menilai dan menerbitkan karya kecil saya sebuah sajak berjudul "Monopoli Sunyi" yang telah dihantar pada November 2016. Syukur, Alhamdulillah!


Karya kedua yang terbit pada minggu lepas (18 Jun 2017) sebuah puisi genre Soneta berjudul "Pasar Ramadan". Karya ini dihantar pada awal Jun yang lalu. Terima kasih Akhbar Sinar Harian yang juga sudi menilai dan menerbitkan karya kecil saya. Tersuntik semangat untuk terus berkarya dan berkreativiti dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti. Insya-Allah!

~Salam Ramadan dan Syawal buat semua yang saya hormati~

- CT NURZA
20 Jun 2017

Friday, June 16, 2017

CORETAN PAGI (2)




Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sahur semua. Salam lailatulqadar juga. Semoga kita semua diberi
Keampunan oleh Allah atas segala salah silap dan dosa-dosa kita yang terlalu banyak. Mudah-mudahan Ramadan tahun ini memberi kesan terindah mentarbiah diri dan sikap  kita selama sebulan di madrasah Ramadan.

Mohon maaf, kerana dah lama tak kemas kini entry-entry terbaharu di laman ini atas kesibukan rutin seharian dan sebagainya. Berkebetulan baru-baru ini tab saya bermasalah, jadi terpaksalah menyepikan diri bertenang-tenang rehatkan minda buat seketika.

Walau bagaimana pun, syukur alhamdulillah! Sebelum tab terkena serangan virus daripada luar, saya sempat menyiapkan beberapa buah karya untuk dihantar ke akhbar, majalah dan jua untuk diantologikan. Mohon doakan saya terus tabah dan cekal untuk berkarya dengan tenang dan damai meskipun banyak dugaan yang terpaksa didepani... Insya-Allah!

Okeylah, sudah hampir 4:00 pagi. Saat paling hampir antara kita dengan DIA, ayuh kita tunaikan apa yang perlu. Jika ada kesempatan nanti kita jumpa lagi. Akan saya kongsikan karya-karya terbaharu saya di sini kelak. Doakan saya agar dikurniaka ilham yang baik dan bernas untuk menulis.

Terima kasih sekalung budi buat semua...jika anda ada teguran membina untuk memantapkan blog kecil saya ini, silalah tinggalkan komen dan alamat e-mel ya. Andai buah fikiran anda dapat menarik perhatian saya, Insya-Allah! Akan saya berikan hadiah sebagai penghargaan nanti...

Sampai jumpa lagi. Selamat bersahur dan Assalamualaikum...

- CT Nurza
16 Jun 2017

Sunday, June 4, 2017

CORETAN PAGI


Assalamualaikum...

Salam keceriaan buat semua. Bagaimana puasa tahun ni? Bertambah lebih baik atau masih di takuk lama tahapnya? Dah muhasabah diri pagi-pagi ni?

Sepanjang bulan puasa ni, banyak lagi status-status pengguna laman sosial yang masih tak berubah-ubah sikapnya dari bulan biasa. Siangnya puasa, letih tahan lapar seharian. Menjelang malam, tulis lagi status-status di fb, twitter dan lain-lain kutuk dan sindir-sindir orang lain. Allah Hu Rabbi... semakin tua umur patutnya semakin matang. Ni masih tunjukkan contoh sikap dan peribadi yang tak berapa nak molek khalayak tengok.

Sebahagiannya mudah sangat menyelar orang lain begitu begini, bodoh, sombong, ujub, riyak, takabbur dan lain-lain. Tetapi sebenarnya mereka lupa untuk cermin dirinya sendiri yang angkuh dan ego tanpa sedar. Kejahatan lidah masih tak terkawal. Suka bercakap menyinggung perasaan. Jadi, di manakah letaknya nilai puasa kita tu ya? Kadang-kadang saya cemoih buka fb itulah sebabnya. Perangai pengguna fb yang tak semengah! Semakin hari semakin teruk. Entah kenapa bila orang lain berperangai tak elok, saya yang rasa malu!

Malas nak like status-status kenduri makan daging busuk ni. Semua orang ada emosi. Maka bijak-bijaklah kawal emosi walaupun sakit hati macam-macam kat orang. Check list diri sendiri, kerana kita pun tak seindah mana sikap dan peribadi. Tak perlu perasan diri kita terbaik dan hebat. Asyik jadi langau mencari kekotoran. Belajarlah menyantuni dan menghormati orang lain.

Kita hidup di dunia ni tak lama mana pun. Jangan suka sakitkan hati orang dengan sikap kita. Nanti apabila ada orang lain balas balik sakitkan hati kita, tahu pulak nak sentap-menyentap dan macam-macam. Sedangkan kita tak sedar perbuatan kita pun terlalu menyakitkan hati dan perasaan insan lain. Apa ke benda up status-status yang menampakkan kepincangan peribadi kita sendiri yang serba kurang. Kurang akhlak dan kurang adab. Masya-Allah!

Jadi, bulan puasa ni, tolong jaga patah-patah perkataan yang ingin dilontarkan. Kita hormat orang, orang lagi hormat pada kita. Jagalah adab bila berkata-kata supaya rakan-rakan selesa mendekati kita. Tidak ada orang yang suka bergaul dengan si mulut jahat KECUALI sama-sama bermulut jahat. Memang serasi selagi tak kena buku dengan ruas kan????

Okeylah, saya nak berhenti di sini dulu. Nak masak sahur. Ada masa jumpa lagi ya. Untuk semua, jaga amalan jagalah sikap dan tutur kata. Lebih baik buat hal sendiri dan diam daripada asyik nak memuntahkan emosi kita menyinggung hati insan lain di laman sosial. Tak mendatangkan manfaat kepada yang membaca. Bosan lagi ada. Jika ada sebarang masalah selesaikanlah secara peribadi... itu lebih cerdik tindakannya!

Sekian, salam sahur. Terima kasih.

- ©CT Nurza
04 Jun 2017

Thursday, June 1, 2017

BUKU & GiFT UNTUK PEMBACA TC


Assalamualaikum...
Terima kasih dan syukur kerana Antologi Tribunal Cinta ini telah sampai ke tangan penerimanya. Terima kasih sudi memiliki buku ini dan sudi menghadami karya-karya penulis kecil seperti kami. Semoga beroleh ilmu dan manfaat selepas membacanya.

Selamat malam dan selamat bertarawih!