ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Sunday, June 4, 2017

CORETAN PAGI


Assalamualaikum...

Salam keceriaan buat semua. Bagaimana puasa tahun ni? Bertambah lebih baik atau masih di takuk lama tahapnya? Dah muhasabah diri pagi-pagi ni?

Sepanjang bulan puasa ni, banyak lagi status-status pengguna laman sosial yang masih tak berubah-ubah sikapnya dari bulan biasa. Siangnya puasa, letih tahan lapar seharian. Menjelang malam, tulis lagi status-status di fb, twitter dan lain-lain kutuk dan sindir-sindir orang lain. Allah Hu Rabbi... semakin tua umur patutnya semakin matang. Ni masih tunjukkan contoh sikap dan peribadi yang tak berapa nak molek khalayak tengok.

Sebahagiannya mudah sangat menyelar orang lain begitu begini, bodoh, sombong, ujub, riyak, takabbur dan lain-lain. Tetapi sebenarnya mereka lupa untuk cermin dirinya sendiri yang angkuh dan ego tanpa sedar. Kejahatan lidah masih tak terkawal. Suka bercakap menyinggung perasaan. Jadi, di manakah letaknya nilai puasa kita tu ya? Kadang-kadang saya cemoih buka fb itulah sebabnya. Perangai pengguna fb yang tak semengah! Semakin hari semakin teruk. Entah kenapa bila orang lain berperangai tak elok, saya yang rasa malu!

Malas nak like status-status kenduri makan daging busuk ni. Semua orang ada emosi. Maka bijak-bijaklah kawal emosi walaupun sakit hati macam-macam kat orang. Check list diri sendiri, kerana kita pun tak seindah mana sikap dan peribadi. Tak perlu perasan diri kita terbaik dan hebat. Asyik jadi langau mencari kekotoran. Belajarlah menyantuni dan menghormati orang lain.

Kita hidup di dunia ni tak lama mana pun. Jangan suka sakitkan hati orang dengan sikap kita. Nanti apabila ada orang lain balas balik sakitkan hati kita, tahu pulak nak sentap-menyentap dan macam-macam. Sedangkan kita tak sedar perbuatan kita pun terlalu menyakitkan hati dan perasaan insan lain. Apa ke benda up status-status yang menampakkan kepincangan peribadi kita sendiri yang serba kurang. Kurang akhlak dan kurang adab. Masya-Allah!

Jadi, bulan puasa ni, tolong jaga patah-patah perkataan yang ingin dilontarkan. Kita hormat orang, orang lagi hormat pada kita. Jagalah adab bila berkata-kata supaya rakan-rakan selesa mendekati kita. Tidak ada orang yang suka bergaul dengan si mulut jahat KECUALI sama-sama bermulut jahat. Memang serasi selagi tak kena buku dengan ruas kan????

Okeylah, saya nak berhenti di sini dulu. Nak masak sahur. Ada masa jumpa lagi ya. Untuk semua, jaga amalan jagalah sikap dan tutur kata. Lebih baik buat hal sendiri dan diam daripada asyik nak memuntahkan emosi kita menyinggung hati insan lain di laman sosial. Tak mendatangkan manfaat kepada yang membaca. Bosan lagi ada. Jika ada sebarang masalah selesaikanlah secara peribadi... itu lebih cerdik tindakannya!

Sekian, salam sahur. Terima kasih.

- ©CT Nurza
04 Jun 2017

No comments: