ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Friday, July 14, 2017

ULASAN BUKU : TRIBUNAL CINTA ( MINGGUAN MALAYSIA)


Salam sejahtera salam bahagia semua. Apa khabar? Dengan harapan semoga semuanya berada dalam situasi yang baik serta dilindungi Allah SWT selalu.

Alhamdulillah... Antologi Bersama Cerpen " Tribunal Cinta" sudah hampir 2 bulan berada di pasaran. Ini merupakan antologi istimewa bagi saya dan rakan-rakan yang menyertainya.

Antologi ini telah diulas oleh Tuan S. Amir On pada minggu lalu bertarikh 9 Julai 2017 terbitan Akhbar Mingguan Malaysia, Ahad.. Syukur dan terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi mengulas cerpen hasil karya saya juga bersama karya rakan-rakan yang lain.

Sejujurnya cerpen ini karya luhur dan jujur dari hati, namun saya cuba menggarapnya dengan sebaik mungkin agar ia dapat memberi kesan kepada pembaca yang mengikuti perkembangan karya-karya saya yang tidak sehebat mana tetapi telah mencuba sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk pembaca semua. Selebihnya, terserah kepada penilaian pembaca.

Saya menerima segalanya dengan lapang dada. Setiap hari saya cuba memperbaiki mutu penulisan saya untuk mencapai ke tahap yang lebih sempurna daripada sebelumnya. Insya-Allah! Segala teguran dan kritikan yang membina amat saya hargai.

Kepada rakan-rakan kolaborasi semua, Syabas & Tahniah! Saya ucapkan. Semoga semuanya terus sukses dan maju jaya selalu. Amin. Terima kasih sekalung budi.

"Melangkah biar ada matlamat. Menulis biar berpaksi kepada niat yang murni, bersaing biar terus secara sihat dan masuk ke gelanggang yang tepat, berdengki iri jangan sekali-kali dibiak diternak mengotorkan hati dan peribadi. Suci putih hati terbuka luas pintu rezeki! Insya-Allah."

©CT Nurza
14 Julai 2017

Monday, July 10, 2017

ULASAN BUKU : MINGGUAN MALAYSIA 09 Julai 2017



Alhamdulillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya untuk-Nya.

Syukur setinggi syukur kerana niat murni saya Allah makbulkan. Terima kasih editor Akhbar Mingguan Malaysia kerana sudi meneliti dan menilai ulasan buku Antologi Bersama " REGIS" ini untuk diterbitkan sebagai pembuka tirai bulan Julai 2017. Ulasan buku ini merupakan karya pertama saya yang berjaya diterbitkan pada Julai ini dalam tempoh tidak sampai seminggu dihantar ke penerbitan arus perdana. Tiada kata seindah bahasa. Terima kasih sekalung budi.

Hasil galakan dan sokongan teman-teman seperjuangan yang memberi kepercayaan dan meyakini kemampuan saya, akhirnya saya menyambut positif hasrat mereka untuk mengulas buku ini sekadar kemampuan yang ada pada saya. Berkat doa mereka juga saya begitu teruja untuk mencuba menulisnya dan hantar ke akhbar MM. Alhamdulillah! Tanpa duga ia membuahkan hasil. Secara tidak langsung, ini menjadi satu suntikan semangat untuk saya terus melangkah ke hadapan dengan menerokai genre ini pula yang sememangnya turut menjadi minat saya.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa ada menyokong usaha saya, kalian sentiasa dalam doaku jua. Semoga kita semua sentiasa sukses dalam usaha dan apa jua yang kita lakukan. Kuatkan tekad dan pergantungan kita hanya kepada DIA Maha Pemberi Rezeki dan keberkatan di atas segala usaha dan niat tulus kita. Insya-Allah! Sukses selalu...

Salam harmoni dan salam kejayaan buat semua! Terima kasih.

-CT Nurza
10 Julai 2017

*kredit foto : Ehsan Tn. Tabir Alam & Pn. Sabariah Nor Salleh. Terima kasih.