ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, February 12, 2018

TRAVELOG KEMBARA (DESTINASI) - HAT YAI-SONGKHLA JADI INGATAN


Bismillahirrahmanirrahiim...

Assalamualaikum...

Salam hormat dan salam santun. Apa khabar semua? Doa dan harapan semoga semuanya baik-baik. Terima kasih kepada semua rakan-rakan pelayar web yang sudi singgah ke laman blog NKN serta sudi jua meninggalkan jejak kalian. Syukur, Alhamdulillah! Salam persahabatan dan silaturahmi.

Sebagaimana yang dijanjikan, inilah travelog kembara pertama saya yang telah pun diterbitkan di akhbar arus perdana Mingguan Malaysia Ahad yang bertarikh 11 Feb 2018. Ini merupakan karya kedua saya yang berjaya melepasi penilaian untuk diterbitkan pada tahun 2018. Segala pujian bagi Allah SWT. Syukur, Alhamdulillah! Dengan izin-Nya, tanpa diduga, percubaan saya kali ini turut membuahkan hasil.

Tiada kata seindah bahasa. Terima kasih tidak terhingga kepada Akhbar MM kerana  benar-benar teliti dan telus menilai setiap kiriman yang diterima untuk disiarkan. Sebagai penulis saya sentiasa berminda positif jika mengirim sebarang karya untuk penilaian pihak akhbar. Sentiasa sabar menunggu sehingga karya-karya saya muncul di dada akhbar sebagai kejutan paling istimewa buat diri sendiri.

Dengan menguasai pelbagai genre, ia telah menjadikan saya seorang penulis yang semakin matang. Matang untuk terus gigih berkarya dan melangkah maju dengan inisiatif sendiri tanpa menunggu dan mengharapkan sesiapa untuk membantu saya. Itulah kepuasan pada diri apabila kita berjuang dan berusaha dengan titik peluh sendiri.

Kita perlu berani merintis jalan agar kita terus ke hadapan dengan identiti dan imej kita sendiri. Bukan menjadi penulis yang hanya suka meniru dan ikut apa orang lain buat. Kita perlu berdiri kukuh dengan identiti sendiri. Jadilah pembuka jalan agar orang lain mengikut jejak langkah kita untuk maju dan terus positif.

Tinggalkan kawan-kawan yang negatif (kaki umpat dan gossip)  kerana ia hanya melemahkan semangat kita dan tidak mendatangkan manfaat apa pun jika terus bersama untuk gerakan melakukan dosa. Fokus kepada nilai tambah untuk memperbaiki diri kita. Ia lebih bermanfaat daripada menambah beban dosa kita setiap hari.

Masa dan usia kita semakin singkat. Maka jangan dibazirkan dengan perkara yang sia-sia. Menulislah hal-hal yang berfaedah dan bermanfaat agar ia mengalir menjadi jariah bermakna untuk kita di sana nanti. Gunakan sebaik-baiknya bakat yang Allah pinjamkan kepada kita. Jangan takbur dan bongkak sehingga kita lupa diri apabila dipuji. Anggaplah segala pujian itu sebagai pendorong. Bukan untuk dibangga dan dijaja. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang selalu lupa diri dan tersasar niat.

Akhir kata, selamat maju jaya buat semua. Rendahkan hati selalu dan ikutlah resmi padi agar diri disegani dihormati kerana indahnya peribadi.

Wassalam. Jumpa lagi... 😘😘😘😘

-CT Nurza
12 Feb 2018
3.18 AM

No comments: