ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Monday, March 12, 2018

RENCANA SASTERA AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA 2018


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada akhbar MM kerana sudi menyiarkan artikel ini setelah hampir 2 bulan di hantar ke MM. Saya mendapat tahu rencana ini tersiar sewaktu berada di dalam Feri dari Batam menuju ke Stulang laut, Johor. Salah seorang daripada rakan saya telah menunjukkan satu posting di fb melalui hebahan karya yang dibuat oleh rakan fB iaitu Cikgu Helmi. Terima kasih cikgu, sudi tag nama saya, maka sempatlah saya hantar mesej kepada suami untuk membeli akhbar ini.

Pada awal Mac 2018, saya sebenarnya tidak ada di sini kerana mengikuti program perkemahan kesenian di Bumi Pahlawan, Batam, Indonesia selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah! Dalam keadaan yang tidak berapa sihat, akhirnya berkat doa dan semangat yang diberikan oleh rakan-rakan, sampai juga saya ke Pantai Marina untuk menyertai program yang diadakan.

Ini merupakan karya keempat saya yang diterbitkan dari Januari hingga mac. Manakala sebuah lagi karya iaitu sajak kembara budaya saya telah diterbitkan di Majalah Pendidik untuk edisi bulan Mac 2018. Terima kasih jua untuk Majalah Pendidik kerana sudi meneliti dan menerbitkan karya-karya kecil saya untuk perkongsian ilmu yang tidak seberapa. Ia amat bererti buat saya.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua penulis yang sentiasa rendah hati, luhur dan jujur berkarya. Kejayaan tidak datang sendiri dengan hanya menunggu dan menunggu. Tingkatkan ilmu dan keupayaan diri semoga karya-karya anda mampu membuka minda fikir dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Salam santun dan hormat selalu. Terima kasih sekalung budi.

©CT Nurza
11 Mac 2018

No comments: