ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT DATANG KE BLOG NUKILAN KREATIF NURZA. SALAM KUNJUNG ZIARAH!

Rakan-Rakan & Followers Yang Dihargai, Terima Kasih Sekalung Budi! Tulus Dari Hati...:)

Saturday, March 20, 2021

2021 ~ KINIKU KEMBALI

 Hai... Assalamualaikum!

Setelah sekian lama tidak lagi berblogging, Insya-Allah! Bermula era norma baharu ini, saya akan kembali semula bersama pengikut-pengikut setia blog saya di sini. 

Walaupun, saya sudah hampir terlupa skill untuk mengemaskini status-status di laman blog ini,  tapi saya akan cuba untuk belajar kembali. Insya-Allah!

 Salam ceria dan jumpa lagi.

Terima kasih.

 

 

 

 

 



Monday, July 2, 2018

ANTOLOGI FIKSYEN MIKRO WATTPADERS 2018





Terima kasih #Ambassadors Malaysia dan #Wattpad Malaysia kerana menganjurkan pertandingan ini. Syukur, Alhamdulillah! Kerana sudi menilai karya-karya saya secara telus dan teliti tanpa prejudice secara adil.

Sejujurnya, inilah pertama kali saya memiliki Antologi Versi Digital yang sangat mengujakan diri saya untuk terus berkarya dan bersaing mencuba sesuatu yang baharu dengan identiti sendiri secara tulen.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah! kepada rakan-rakan yang menyertai serta berani bersaing secara sihat mencurahkan idea masing-masing untuk mencabar diri menulis genre-genre yang begitu sukar sebenarnya untuk menempatkan diri dalam senarai ke final. Syukur, kita berada di dalam senarai.

Dengan terbitnya Antologi istimewa ini, mudah-mudahan ia menjadi penyuntik semangat untuk kita terus berkarya dengan jujur dan luhur serta berdaya saing.

Salam hormat dan santun selalu untuk semua. Terima kasih.


Saturday, June 30, 2018

RUBAI : RAZAN PALESTINA


Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Salam ingatan dan mesra selalu dari saya.Didoakan semoga semua beroleh rahmat dan rezeki yang berlimpah ruah setiap masa.

Mohon maaf yang tak terhingga kerana agak jarang kemas kini blog saya dengan entry-entry terbaharu, kecuali perkongsian karya yang sudah dicetak dan diterbitkan.

Sebenarnya, saya agak sibuk sedikit semenjak kebelakangan ini dengan urusan-urusan peribadi yang perlu didahulukan. Jadi hanya bila ada kelapangan sahaja saya akan berblogging untuk menziarahi rumah singgahan saya di sini.

Syukur, Alhamdulillah! Masih ada rakan-rakan yang sudi berkunjung ziarah ke teratak ilmu saya di sini. Andai ada buah bakti yang telah ranum untuk dipetik menjadi santapan yang bermanfaat, silakan dengan syarat tidak diambil dan dicetak untuk diniagakan demi keuntungan peribadi. Saya benarkan hanya untuk pembelajaran dan cukuplah titipkan al-fatihah buat saya sebagai ingatan dan doa ikhlas.

Doakan saya agar terus sihat, cemerlang, dimurahkan rezeki serta bahagia selalu di dunia dan akhirat. Doa yang baik, Insya-Allah! Akan kembali kepada yang mendoakan.

Sebelum terlupa, terima kasih sekalung budi kepada Akhbar Sinar Harian kerana sudi menyiarkan karya terbaharu saya sebuah puisi genre Rubai yang didedikasikan khas buat sukarelawan idola saya iaitu Razan Al-Najjar. Doa saya semoga beliau di tempatkan di Syurga yang tertinggi oleh Allah SWT.

 Harapan saya semoga kita juga mampu menjadi sepertinya. Sebelum mengundur diri, salam kemaafan daripada saya jika ada salah dan silap. Kepada rakan-rakan facebook yang mengenali saya, mohon maaf dipinta kerana fb saya tidak lagi diaktifkan selepas Aidilfitri yang lalu.

Apa pun kalian semua amat saya hargai. Terima kasih sekalung budi untuk semua... jumpa lagi jikalau ada rezeki.

Hormat selalu dari saya.